Konon Raih Undi Untuk Tentukan Nasib Rumah Tangga, Dibantah Hakim Syarie!

Minggu lalu, hangat tentang kontroversi pergolakan rumah tangga aktres Nadya Syahera selepas mendakwa suaminya, Fizul Nawi mempunyai hubungan dengan wanita lain. Malah pelakon drama ‘Abang B0mba I Love You‘ ini turut terkejut apabila suaminya turut meminta pandangan daripada netizen menerusi cara undian atau ‘poll voting‘ di ruangan Insta Story berhubung masa depan rumah tangga mereka, sama ada terus bersama ataupun tidak.

BACA: Buat Undian Di IG Untuk Berpisah, Nadya Syahera Terkejut Dengan Tindakan Suami

Olok-olok pun boleh jadi sungguh…benda macam ni tak boleh buat gurau

Terpanggil dengan isu tersebut, Ketua Hakim Syarie Terengganu iaitu Wan Mohd Zakri Wan Mohd menyelar tindakan melakukan undian seperti itu sebagai tidak wajar walaupun cuma dijadikan sebagai gurauan. Hal ini kerana talak adalah suatu elemen yang mulia dalam sesebuah mahligai rumah tangga.

Sehubungan itu, netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh beliau menerusi portal Astro AWANI tempoh hari. Rata-rata mereka turut mengecam undian yang dibuat oleh Fizul sebagai satu langkah yang tidak matang sewaktu berhadapan dengan krisis rumahtangga.

Orang dulu2 malu nak cerita hal rumah tangga…orang sekarang terbalik pula

Jahilnya suami dia…bab nikah buat main2

Sumber: FB Astro Awani

Apa Komen Anda?