Hiburan

Konon Salah Info, BTS Army ‘Bengang’ Dengan Alif Sampai Trending Di Twitter?

Konon Salah Info, BTS Army ‘Bengang’ Dengan Alif Sampai Trending Di Twitter?

Sharing is caring!

Malam tadi, program realiti yang berkonsepkan pertandingan nyanyian ‘Big Stage 2019’ telah masuk ke minggu ke-7 dan merupakan pusingan separuh akhir bagi musim kali ini. Sepanjang konsert tersebut, persembahan lagu ‘Boy With Luv’ daripada Han Byul nyata memukau juri dan penonton malam tadi. Namun di sebalik khabar gembira itu, ada peminat setia penyanyi asal lagu itu, BTS dikatakan ‘meradang’ terhadap salah seorang pengacara rancangan terbabit iaitu Alif Satar.

BACA: “Tak Salah Pilih Host” – Gandingan Ideal Alif-Sherry Raih Pujian Netizen

Menurut laporan Astro Awani, isu itu dikatakan tercetus apabila Alif Satar menyebut lagu itu asalnya dinyanyikan lapan orang sewaktu memuji Han Byul yang baru sahaja selesai melakukan persembahannya.

“Lagu ni 8 orang nyanyi, dia nyanyi sorang je..” – Alif Satar

Konon Salah Info, BTS Army ‘Bengang’ Dengan Alif Sampai Trending Di Twitter?

Antara nada tidak puas hati yang diluah ‘BTS Army’


Di sebalik feedback positif yang diberikan olehnya, ada di antara peminat setia penyanyi asal lagu berkenaan iaitu ‘BTS Army’ yang tidak berpuas hati dengan ‘kesilapan’ dinyatakan oleh hos tersebut. Hal ini kerana menurut mereka kumpulan kesayangan mereka itu hanya dianggotai oleh 7 orang jejaka sahaja. Malah gara-gara itu jugalah yang menyebabkan namanya trending di laman Twitter.

Konon Salah Info, BTS Army ‘Bengang’ Dengan Alif Sampai Trending Di Twitter?

Konon Salah Info, BTS Army ‘Bengang’ Dengan Alif Sampai Trending Di Twitter?

Han Byul cuba nyanyi lagu ‘Boy With Luv’ oleh BTS dengan stail (susunan muzik) yang lain, tapi kedengaran agak pelik. Dan tambah lawak lagi apabila Alif Satar kata lagu ini dinyanyikan oleh 8 orang. Apa maksud kamu huh? Kami tak rasa BTS ada tambahan seorang lagi ahli kumpulan..

Konon Salah Info, BTS Army ‘Bengang’ Dengan Alif Sampai Trending Di Twitter?

Sila bahas…’Boy With Luv’ berapa orang nyanyi?


Walaupun pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya, namun Alif Satar jelas tidak terganggu dengan perkara tersebut. Malah menerusi posting terbaru di Instagram miliknya, selebriti berusia 29 tahun ini membalas semua kecaman itu dengan cara yang agak berhemah.

Jika dirujuk kembali, lagu tersebut memang dinyanyikan oleh kesemua ahli kumpulan BTS sambil bergandingan dengan penyanyi undangan dari Amerika iaitu Halsey. Maka secara harafiahnya, ‘Boy With Luv’ memang dinyanyikan oleh seramai 8 orang penyanyi.

Konon Salah Info, BTS Army ‘Bengang’ Dengan Alif Sampai Trending Di Twitter?

Sumber: IG alifsatarAstro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Konon Salah Info, BTS Army ‘Bengang’ Dengan Alif Sampai Trending Di Twitter?

Sharing is caring!