Dalam masyarakat Malaysia, sering kali kita dengar expectation sesetengah masyarakat Malaysia. Setiap peringkat umur pasti ada sahaja yang diharapkan seolah-olah perkara itu menjadi pengukur kejayaan dalam kehidupan seseorang. Jika belum berjaya capai kesemua sasaran tersebut pada usia tertentu, maka anda akan dianggap gagal.
BACA: Wanita Harus Cerewet Memilih Teman Hidup, Kahwin Bukan Sekadar Main ‘Rembat’ Je
Diuji dengan expectations masyarakat di sekeliling, konon perlu capai sesuatu sebelum usia 30
Terpanggil dengan isu ini, saudara Aidil Nor Adha menepis mindset sedemikian terutamanya bagi golongan yang berusia 20-30 tahun. Menurut lelaki ini, pastinya anak-anak muda akan diuji apabila melihat rakan sebaya berkahwin dan memiliki harta sendiri. Malah jika segala expectations tersebut tak mampu dicapai, tak dinafikan ramai yang akan berasa ‘down‘.

Setiap orang ada cabaran masing-masing dalam kehidupan
Oleh itu, Aidil berpesan kepada golongan tersebut supaya tidak berlumba demi kepuasan orang lain. Setiap orang ada timeline kehidupan masing-masing dan setiap fasa hidup juga ada cabaran tersendiri. Sekurang-kurangnya, dapatlah mereka bersedia sebelum memasuki peringkat usia seterusnya.

Jangan lupakan ibu bapa, fokus pada survival diri sendiri
Lelaki tersebut turut mengingatkan supaya tidak melupakan ibu bapa pula dan anak-anak perlulah mengambil peluang waktu ini untuk berbakti kepada mereka. Apabila meningkat dewasa, anda akan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan melibatkan pemikiran dan survival sendiri untuk meneruskan hidup.
Sumber: FB Aidil Nor Adha
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura