Konon Tak Sentuh Girlfriend Sebab Sayang, Tapi ‘Kantoi’ Buat Dengan Wanita Lain

Seperti yang semua sedia maklum, adalah dilarang dalam agama untuk menyentuh orang yang berlainan jantina dan bukan mahram sewenang-wenangnya hatta sudah mengikat tali pertunangan sekali pun. Bukan sahaja tidak manis apabila dipandang orang, tetapi juga boleh membangkitkan nafsu. Hakikatnya, ciri yang pandai menjaga batas inilah yang menjadikan seseorang lelaki atau wanita itu sebagai calon teman hidup yang terbaik.

BACA: Lelaki Tak Malu Mesej Perempuan Lain Sebab Bosan – “Sebelum Kahwin Dah Gatal..”

3 tahun tak pernah sentuh…tiba-tiba ‘kantoi’ dengan perempuan lain

Namun begitu, realiti masa kini penuh dengan manusia yang mengamalkan sikap bermuka-muka demi sembunyikan perangai sebenar mereka. Menerusi perkongsian oleh seorang gadis di laman Twitter baru-baru ini, dia meluahkan kecewa terhadap bekas teman lelaki yang sanggup memberikan alasan tidak munasabah selepas ditangkap basah bersama wanita lain.

Gambar sekadar hiasan

Dia pernah minta ‘izin’ pasal benda tu

Malah, perempuan berusia 20-an ini turut mendedahkan bahawa pemuda terbabit pernah meminta kebenaran daripadanya untuk melakukan perbuatan itu beberapa bulan sebelum ia terbongkar. Ujarnya lagi, orang sebegini belum tentu lagi mahu bertanggungjawab selepas memperoleh perkara yang mereka nafsukan.

Gambar sekadar hiasan

I tak sentuh sebab serius nak jadikan you isteri..

Di akhirnya, gadis ini nekad untuk memutuskan hubungan tersebut walaupun lelaki berkenaan tak henti-henti memberi alasan. Hal ini kerana individu yang betul-betul setia tidak akan pernah langsung menyakitkan hati orang dicintainya.

Gambar sekadar hiasan

Dia ingat orang terharu agaknya bila cakap macam tu..

Dalam pada itu, kisah tersebut telah memperoleh lebih daripada 6 ribu retweet serta dihujani dengan bermacam respon netizen. Selain mengecam tindakan serta kata-kata yang diluahkan oleh bekas teman lelaki gadis tersebut, ada yang risau takut-takut ditakdirkan mempunyai hubungan dengan golongan manusia seperti ini.

Sumber: Twitter

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?