Viral

Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing

Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing

Sharing is caring!

Sebut sahaja tentang sumbing pada bibir dan lelangit bayi, pasti akan dipandang serong tatkala melihat keadaan bayi istimewa berkenaan selain tergamak menyifatkan mereka tidak sempurna. Lebih teruk lagi apabila ia sering dikaitkan dengan mitos kononnya terkenan sumpahan kerana si ayah kuat memancing semasa ibu sarat hamil. Namun sejauh manakah kebenaran mengenai hal itu?

BACA : Elak Campur Basuhan Konon Nak Muliakan Suami? Baca Respon Padu Peguam Ini..


Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing
Gambar Sekadar Hiasan

Sumbing bibir & lelangit adalah kecacatan kelahiran..

Prihatin dengan dengan isu ini, seorang doktor bernama Muhammad Izzat tampil perjelaskan punca sebenar masalah sumbing bibir dan lelangit bayi. Menurut beliau, ia merupakan kecacatan kelahiran yang berlaku bila mana struktur mulut bayi berkenaan tidak terbentuk dengan sempurna ketika di dalam rahim sehingga menyebabkan ada bukaan di bahagian bibir atas.

Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing

Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing

Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing
Gambar Sekadar Hiasan

Bayi boleh mengalami masalah pertuturan & terdedah kepada jangkitan di bahagian telinga

Biasanya sumbing bibir boleh dikenalpasti ketika melakukan ujian imbasan. Sementara sumbing lelangit pula hanya dapat diketahui apabila bayi berkenaan dilahirkan. Tambah Dr Muhammad Izzat, bayi yang mempunyai masalah seperti ini akan menghadapi masalah pertuturan selain terdedah kepada jangkitan di bahagian telinga.


Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing

Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing
Gambar Sekadar Hiasan

Ia tiada kaitan dengan tabiat makan & minum dari cawan/pinggan yang sumbing

Selain itu, tingkah laku buruk para ibu seperti merokok, pengambilan minuman keras dan mempunyai masalah diabetes sewaktu hamil turut berisiko mendapat bayi sumbing. Malah penggunaan ubatan yang mengandungi asid valproik pada trimester pertama kehamilan turut terdedah kepada risiko ini. Mengakhiri posting tersebut, beliau sempat memberi pesanan agar ibu bapa tidak terlalu percaya dengan mitos karut yang dikatakan menjadi punca kepada permasalahan ini.

Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi SumbingKonon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi SumbingKonon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing

Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing
Gambar Sekadar Hiasan
Konon Terkenan Sumpahan Ayah Kuat Mancing, Doktor Jelas Punca Bayi Sumbing
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Harian Metro, Twitter muhamadeizat


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini