Konon ‘Tipu Sunat’, Pramugari Dikecam Ramai Tak Mengaku Balik Dari China

Seakan-akan tiada penghujungnya, wabak novel koronavirus (2019-nCov) kini berada di tahap yang membimbangkan. Mana tidaknya, saban hari pasti ada sahaja berita dan laporan daripada media mengenai individu yang dijangkiti. Meskipun status koronavirus di negara ini masih berada dalam keadaan terkawal, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan mereka bersedia untuk menghadapi virus tersebut.

BACA : Koronavirus ‘Takut Air’, Jangan Panik Hanya Perlu Makan Kangkung & Kerap Mandi

Tolong jangan menipu, tak kisahlah kerja apa

Baru-baru ini, tindakan pentingan diri sendiri yang dilakukan oleh seorang pramugari gara-gara menipu baru pulang dari China telah mengundang kritikan ramai. Meskipun wanita itu menganggap perbuatannya itu adalah ‘tipu sunat’, namun ia boleh mengancam keselamatan orang sekeliling. Status Instastory wanita itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai selepas ia dikongsikan semula oleh pengguna akaun Twitter bernama Mira Suhaira.

Advertisement

Ada balik dari mana-mana ke?

Pramugari berkenaan memberitahu kejadian berlaku ketika dia membuat reservation untuk rawatan muka di sebuah spa. Ketika ditanya oleh pekerja di spa berkenaan sama ada dia merantau ke mana-mana, wanita itu kemudian menafikannya. Sedangkan, dia baru sahaja pulang menaiki penerbangan dari negara terbesar Asia tersebut.

Advertisement

Kita pergi kerja je, tak turun kapal pun

Tidak terhenti di situ, ketika dia membuat check up di sebuat pusat kesihatan disebabkan suhu badannya naik salah seorang jururawat menanyakan soalan yang sama. Dia bagimanapun sekali lagi menafikannya. Hal ini kemungkinan disebabkan rasa bimbang akan dikuarantin atau disyaki memiliki simptom wabak itu. Tegasnya, dia tidak perlu untuk menjelaskan segalanya kepada semua kerana perkara itu sememangnya menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang krew penerbangan.

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Twitter wsuhaira6

Advertisement

Apa Komen Anda?