Viral Kesihatan

Kononnya Lama-Lama Akan Lebih Bersih, Rupanya Ramai Abaikan Bahana Mandi Lama

Kononnya Lama-Lama Akan Lebih Bersih, Rupanya Ramai Abaikan Bahana Mandi Lama

Sharing is caring!

Bagi sesetengah orang, bilik air itu cuma tempat untuk membersihkan diri lepas penat seharian bekerja atau baru pulang dari luar. Ada yang mandi jenis sekejap serta sekadar untuk melepaskan tekanan sahaja. Ada juga yang ‘terperuk’ lama sampai siap berkaraoke dalam bilik air. Mungkin hakikatnya bersiram lama nampak bersih, tapi tahukah anda ada bahana yang menanti?

BACA: Sampai Naik Berbuih Mulut Nasihat, Pemuda Terkilan Awek Cantik Tapi Malas Mandi


Kelembapan kulit akan hilang jika terlalu lama

Menerusi portal Hello Doktor, mandi terlalu lama boleh menyebabkan masalah dehidrasi kulit. Hal ini juga boleh berlaku jika anda menggunakan air panas dalam tempoh yang lama iaitu lebih daripada 10 minit. Lapisan minyak semulajadi juga akan berkurangan sekali gus menyebabkan kelembapan kulit hilang sekali.

Kononnya Lama-Lama Akan Lebih Bersih, Rupanya Ramai Abaikan Bahana Mandi Lama
Gambar Sekadar Hiasan

 

Jangkitan kuman serta bau badan boleh berlaku jika terlalu sekejap

Bagi yang suka bersiram dalam tempoh sekejap pula, masalah kesihatan seperti jangkitan kuman boleh berlaku. Hal ini kerana, kotoran atau bakteria pada kulit tidak dibersihkan sepenuhnya dan ia boleh merebak sehingga menyebabkan bau badan.


Kononnya Lama-Lama Akan Lebih Bersih, Rupanya Ramai Abaikan Bahana Mandi Lama
Gambar Sekadar Hiasan

 

Durasi optimum adalah 5-10 minit dan pastikan guna air suam serta pakai pelembap

Oleh itu, durasi yang disarankan oleh pakar dermatologi sebenarnya adalah antara 5-10 minit sahaja. Penggunaan air suam dan memakai pelembap selepas shower juga adalah penting bagi memeatsikan kelembapan kulit anda yang hilang dapat dipulihkan semula.

Kononnya Lama-Lama Akan Lebih Bersih, Rupanya Ramai Abaikan Bahana Mandi Lama
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber: hellodoktor.com


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!