Isu Semasa

Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia

Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia

Sharing is caring!

Sekitar hujung bulan April yang lalu, Korea Selatan telah dikatakan berjaya menangani wabak COVID-19. Kadar jangkitan negara K-Pop berkenaan juga turun daripada hampir seribu hingga mampu kekal satu angka selama beberapa hari secara berturut-turut.

BACA: Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu

Kluster kelab malam di ibu negara Korea Selatan

Memetik Astro Awani, negara tersebut kini dilaporkan sedang mengalami gelombong kedua wabak tersebut. Menurut Pengarah Korea Centers for Disease Control (KCDC), kluster baru dilihat semakin bertambah sejak hujung bulan Mei yang lalu termasuklah jangkitan dalam sebuah kelab malam di Seoul.


Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia

Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia
Gambar Sekadar Hiasan

17 jangkitan baru dilaporkan dalam masa 24 jam

Terkini, 17 jangkitan baru telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang terakhir daripada kelompok berlainan. Oleh itu, Dr. Jeong Eun-Kyeong berpendapat bahawa gelombang kedua COVID-19 di negara ‘Sonata Musim Salju’ tidak akan berlaku pada musim sejuk atau luruh seperti yang diramalkan.

Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia


Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia
Gambar Sekadar Hiasan

Jika kadar jangkitan lebih 30, Seoul akan buat semula penjarakan sosial ketat

Memetik laporan BBC News, Datuk Bandar Seoul telah memberi amaran akan menjalankan penjarakan sosial ketat jika bandar tersebut mencatatkan angka kadar jangkitan COVID-19 melebihi 30 dalam tempoh tiga hari berturut-turut dan penggunaan katil di pusat perubatan pula menjangkaui 70%. Meskipun berlaku di Korea, ia seakan-akan menjadi satu peringatan buat Malaysia agar tidak terlalu selesa dengan perkembangan positif COVID-19 sekarang. Netizen berharap agar orang ramai terus berhati-hati agar tidak berlaku hal sama di negara kita.

Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia

Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia

Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia

Korea Berdepan Gelombang Kedua Dengan Pantas, Jadi Peringatan Untuk Malaysia
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: BBC News, FB Astro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!