Viral

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

Sharing is caring!

Gelagat kanak-kanak membuat adegan lucu seperti mengorek hidung sememangnya mencuit hati. Namun segala gerak-geri perlu diawasi agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Mana tidaknya, sedar tak sedar anak mungkin akan membuat perkara bukan-bukan apabila berjumpa barang tertentu. Kalau tidak memasukkan ke dalam hidung, mungkin akan disumbat dalam telinga.

BACA : [VIDEO] Sambil Tunggu Ayah, Mak Uji Anak Translate Ayat Melayu-Inggeris


Kakak terus korek tanpa hiraukan teguran mama..

Beberapa hari lalu di Facebook, seorang wanita bernama Atirah Alias berkongsi kan satu pengalaman ngeri si anak ketika mengorek hidung secara dalam-dalam. Akibat tindakan itu, si kecil terbabit mula mengadu rasa perit dalam hidung selain badan menjadi panas.

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

Semakin pekat cecair berwarna hitam keluar dari hidung, rupa-rupanya bateri jam

Tanpa diduga, kondisi itu semakin melarat apabila hidung anaknya mula mengeluarkan cecair berwarna hitam pekat. Bimbang sesuatu berlaku, dia kemudian bergegas membawa anaknya ke pusat perubatan berdekatan. Selepas melakukan pemeriksaan X-Ray, doktor mengesahkan bahawa terdapat bateri jam yang tersumbat di dalam hidung kanak-kanak berkenaan.


Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

 

Jika terlambat buruk padahnya, ia boleh menghakis..

Menurut ibu ini, keadaan bakal menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan kerana risiko pembengkakan boleh berlaku pada luar hidung dan mata. Malah kandungan yang ada pada sebiji bateri mampu menghakis lapisan dinding hidung.

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri

Korek Hidung Sampai Keluar Cecair Hitam, Ibu Terkejut Hidung Anak Masuk Bateri
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Atirah Alias


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!