Koronavirus ‘Takut Air’, Jangan Panik Hanya Perlu Makan Kangkung & Kerap Mandi

Kebelakangan ini, ancaman koronavirus berada di tahap yang membimbangkan kerana sesiapa sahaja berpotensi terhadap jangkitan itu termasuklah golongan kanak-kanak dan bayi. Namun begitu, status koronavirus di negara ini masih dalam keadaan terkawal tanpa perlu mencetuskan suasana panik. Di samping itu, rakyat perlu bertenang dan menekankan aspek penjagaan diri sebagai langkah pencegahan wabak ini.

BACA : Restoran Indonesia Buang Menu Kelawar Masak Lemak

Bersifat ‘takut air’, orang ramai hanya perlu kerap mandi

Memetik laporan daripada Sinar Harian, seorang Doktor Kesihatan Profesional (MBBS) bernama Dr Noordin Darus menggesa orang ramai agar tidak terlalu panik dengan keadaan itu. Jelasnya lagi, imuniti tubuh badan seseorang individu itu memainkan peranan penting bagi mengelakkan diri dari terkena jangkitan virus.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Banyakkan pengambilan air kelapa & kangkung

Menurut beliau lagi, individu yang terkena jangkitan virus tersebut dinasihatkan supaya banyakkan minum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama. Manakala, pengambilan air tersebut perlu diteruskan pada hari berikutnya tetapi dikurangkan jumlahnya kepada lima gelas. Selain itu, mereka juga perlu lebihkan pengambilan sayur hijau seperti kangkung dalam hidangan harian.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Beri pujian, tindakan cepat kerajaan tangani penularan virus ini

Perkara ini disampaikan oleh beliau dalam satu program, Wacana Sinar Harian Siri 155 bertajuk, ‘Koronavirus: Adakah kita lambat bertindak?’ yang diadakan di Bangunan WUI, Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan pantas kerajaan dalam menangani penularan wabak koronavirus di negara ini.

Foto Kredit : Sinar Harian

Sumber : Sinar Harian

Advertisement

Apa Komen Anda?