Kreatif! Cara Lelaki Ini Surprisekan Isterinya Sangat Unik, Bikin Kek ‘Parcel’

Sudah menjadi trend, masyarakat dunia gemar melakukan prank sempena menyambut sesuatu tarikh istimewa apalagi jika mereka yang diraikan itu mempunyai nilai sentimental dalam hidup kita. Tentunya, pelbagai persiapan yang dilakukan bagi menjayakan kejutan tersebut. Lain pula ceritanya dengan Emily McGuiry, dia menerima bungkusan kurier sempena hari lahirnya tapi isi dalam kurier tersebut sangat di luar jangkaan!

Baca: [VIDEO] GF Beri Hadiah Patung Ultraman, Reaksi Excited Lelaki Ini Curi Tumpuan!

Wanita ini terkejut apabila menerima satu bungkusan kurier sempena hari lahirnya. Dia yang ketika itu sedang bersama suaminya menyangka itu hanyalah bungkusan biasa kerana dia juga sering membuat pembelian atas talian. Pada firasatnya, mungkin suaminya memesan suatu barang secara online sempena hari istimewanya itu.

Inilah bila selalu sangat beli barang ‘online’..

Rupa-rupanya bungkusan itu adalah sebiji kek yang sudah dihiaskan seperti kotak kurier beserta alamat yang tertulis di atasnya. Emily berasa terharu dengan kejutan suaminya itu kerana langsung tidak menyangka yang suaminya akan berbuat sedemikian.

Emily yang membuka perniagaan fotografi itu telah memuat naik gambar kek berkenaan beserta kapsyen untuk suaminya. Dia berasa sangat terkejut kerana bungkusan yang nampak asli itu rupanya hadiah berupa kek coklat. Katanya di kapsyen suaminya itu sangat menepati citarasanya. Tambahan pula, tulisan dan persembahan di bahagian atas kurier itu juga begitu ‘sweet’ membuatkan ramai warga media sosial telah tersentuh hingga meluahkan pelbagai komen dan reaksi.


Sumber: FB siakapkeli & Mirror.co.uk

Apa Komen Anda?