Kucing Ini Meratap Pemergian Pemiliknya, Hari-Hari Pergi Kubur Lepaskan Rindu

Hakikatnya bukan mudah untuk menerima hakikat perpisahan, lebih-lebih lagi pemergian mereka yang sangat bermakna. Perasaan rindu yang bagaikan tak berpenghujung sering membelenggu hidup seseorang itu. Hal ini bukan sahaja terjadi kepada manusia malahan terhadap makhluk lain seperti haiwan peliharaan juga. Ikuti perkongsian daripada gadis dikenali sebagai Qaisarah Afiqah tentang kisah hidup Allahyarham bapanya.

BACA: Wanita Ini Sanggup Jadi Badut Asalkan Kucing Jalanan Cukup Makan & Sihat

Advertisement

Ayah tak pernah marah kucing

Menurut Qaisarah, bapanya mempunyai peribadi yang sangat dikagumi kerana dia sentiasa bersabar melayan karenah anak serta beberapa ekor kucing kesayangan miliknya. Walaupun ayahnya mempunyai masalah jantung, dia tidak pernah sekalipun mengeluh menguruskan kucing seperti Ted yang nakal ini.

Advertisement

 

Advertisement

 

 

Advertisement

Kucing-kucing selalu duduk atas surat khabar ayah

Bukan itu sahaja, malahan rutin pagi ayahnya juga akan diganggu oleh haiwan peliharaan mereka ini. Kucing-kucing tersebut gemar duduk di atas surat khabar yang sedang dibaca oleh ayahnya. Sifat penyayang ayahnya telah mengatasi segalanya sehinggakan dia sanggup beralah demi mereka. 

Advertisement

Boboy ikut abang melawat ayah

Akhirnya, pada tarikh 13 Februari tahun 2016 ayahnya telah ‘pergi’ disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru. Ted seolah-olah sedih akan pemergian itu. Sejak itu, abang gadis yang berasal daripada Terengganu ini akan melawat ke kubur ayahnya setiap hari sambil ditemani oleh satu lagi kucing mereka yang bernama Boboy pula. Rutin tersebut berlangsung selama 4 bulan.

Advertisement

 

Advertisement

Advertisement

Haiwan pun tahu kenang jasa

Tegas gadis ini, peristiwa yang berlaku itu membuatkan dirinya sedar bahawa jika seseorang ikhlas melayan baik terhadap haiwan, pasti akan dibalas dengan kebaikan. Jasa individu berkenaan akan dikenang meskipun telah tiada.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter LejenPress

 

Advertisement

Apa Komen Anda?