Kumpul RM19 Ribu Dalam Masa Singkat, Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Duit Kahwin

Umum mengetahui bahawa perancangan melangsungkan majlis perkahwinan memang melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi. Oleh itu, ramai yang telah mencuba berjimat demi mengumpul duit kahwin sendiri supaya dapat meringankan beban keluarga. Namun setiap kali perancangan, tidak ramai yang berjaya melakukannya atas sebab tertentu. Oleh itu, seorang wanita telah berkongsi tips menyimpan duit kahwin yang mungkin boleh dijadikan panduan berguna buat bakal pengantin. 

BACA: Bajet RM500 Pun Dah Boleh Kahwin, Wanita Kongsi Tips Majlis Jimat & Barokah

Advertisement

Amalkan Al-Mathurat untuk murah rezeki

Menerusi posting oleh saudari @ShahfikAhmad di laman Twitter, dia berkongsi tips kejayaan dirinya yang berhasil mengumpul duit kahwin berjumlah RM19,000 dalam tempoh singkat. Wanita ini turut mengatakan bahawa penyumbang utama dia serta keluarga murah rezeki adalah disebabkan mengamalkan wirid dan doa Al-Mathurat. Selain menjaga hubungan dengan Allah, tanggungjawab terhadap keluarga juga tidak boleh diabaikan. 

Advertisement

Advertisement

Kawal nafsu

Tambah Shahfika lagi, untuk mencapai sasaran tersebut mestilah berazam mengawal diri daripada membazir wang yang ada. Selalu membuat kiraan bajet dan kos perbelanjaan perkahwinan juga perlu dilakukan agar diri sentiasa beringat. Sentiasa berbuat baik kepada haiwan juga punca rezeki yang datang mencurah keatas dirinya. Menanamkan sifat positif dalam diri haruslah seiringan dengan doa kedua ibu bapa. 

Advertisement

Sebenarnya gaji tak sampai  RM2,000

Advertisement

Meskipun jumlah gaji bulanan dirinya tidak mencecah jumlah RM2,000 dia telah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Di penghujungnya, Shahfika yang bertugas sebagai jurutera ini sempat berpesan supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dikurniakan oleh Allah. 

Advertisement

Sumber : Twitter ShahfikAhmad

Advertisement

Apa Komen Anda?