Kunjungan Ke-2 Di Mahkamah, Kali Ini Dato Red Temankan Anak Berpisah Pula..

Beberapa minggu yang lalu, usahawan dikenali sebagai Dato Red ini pernah berkunjung ke sebuah mahkamah syariah apabila isteri keduanya, Adira Suhaimi mahu memfailkan perpisahan. Tapi kunjungan kali kedua ini lain pula ceritanya kerana bertujuan untuk menemani anak sulungnya, Aziera yang rumah tangganya bersama si suami turut dilanda badai. Berita sedih berkenaan sempat dikongsi olehnya menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya.

BACA: Usia Kahwin Masuk 8 Bulan, Tapi Mentua Minta Berpisah Kalau Tak Hamil Lagi..

Masa ni aku lah orang yang paling gembira dapat nikahkan anakku

Bagi yang tidak tahu, wanita itu merupakan zuriat hasil perkahwinan antara Dato Red dengan bekas isteri pertama. Selepas perpisahan itu barulah beliau mendirikan perkahwinan dengan Datin Red serta bekas penyanyi AF itu selaku isteri keduanya kini. Difahamkan usia perkahwinan anak sulungnya itu juga baru setahun jagung dan dinikahkan sendiri oleh Dato Red dahulu.

Lagi sekali dugaan yang kena hadapi

Dia yang kecewa dengan keadaan tersebut dilihat menemani anaknya menyelesaikan proses tersebut di mahkamah. Dato Red juga seperti menyalahkan dirinya yang tidak peka dengan masalah yang dihadapi oleh si puteri. Lelaki itu turut mengakui dirinya lalai dengan kehidupannya yang jahil sebelum ini.

Allah tahu hamba-Nya mampu menghadapi dugaan

Di saat dirinya masih dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan si isteri, kini datang pula dugaan lain. Netizen sempat menasihati Dato Red untuk bersabar dengan dugaan yang telah diberikan kepadanya. Mereka turut mendoakan semoga urusan lelaki tersebut dipermudahkan. 

Sumber: Instagram Dato Red

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?