Family Keibubapaan

Kurang Upload Gambar Dengan Wanita Di Media Sosial, Naim Daniel Jaga Hati Mama

Kurang Upload Gambar Dengan Wanita Di Media Sosial, Naim Daniel Jaga Hati Mama

Nama selebriti Naim Daniel sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan netizen. Mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak kecik, kini dia lebih dikenali sebagai seorang penyanyi muda yang amat berbakat selepas berjaya menjadi juara dalam AJL 34 pada tahun 2020. Sebelum ini, penulis lirik lagu ‘Purnama’ itu pernah juga didakwa rapat dengan Iman Troye sehingga ramai orang mula menganggap mereka ada hubungan istimewa.


BACA: Cover Lagu OST ‘7 Hari Mencintaiku 2’, Suara Naim Daniel Dipuji Merinding Habis

Mama tanya tu gambar apa…Naim explain, biasalah kegusaran ibu-ibu

Ketika ditemu bual oleh pihak Melodi, Naim ditanya mengenai isu ibunya agak kurang gemar apabila dia terlalu rapat dengan artis-artis wanita. Pernah tular satu gambar berpakaian serba putih bersama seorang penyanyi wanita pada suatu ketika, lelaki berumur 24 tahun ini akui pernah diajukan soalan bertubi-tubi oleh emaknya mengenai gosip tersebut.

Kurang Upload Gambar Dengan Wanita Di Media Sosial, Naim Daniel Jaga Hati Mama

Kurang Upload Gambar Dengan Wanita Di Media Sosial, Naim Daniel Jaga Hati Mama

Saya percaya parents nak yang terbaik buat anak mereka…Kalau ada masalah Naim & Mama discuss

Sebagai anak, Naim akan berusaha menjelaskan hal sebenar sekiranya ada sebarang kontroversi mula tersebar. Dia sedar bahawa segala perkara dilakukan oleh ibunya itu adalah demi kebaikannya juga. Menyedari dia suka menyakat orang lain, penyanyi ini tetap akan berkawan dengan sesiapa sahaja seperti biasa dan menjaga hati mamanya dalam masa yang sama.


Kurang Upload Gambar Dengan Wanita Di Media Sosial, Naim Daniel Jaga Hati Mama

Naim dah explain benda tu gurau, so kuranglah sikit risau Mama…Tak nak ada kontroversi

Berkenaan isu gambar bertunang yang pernah tular sebelum ini, kakak selebriti tersebut ada menyatakan bahawa Naim sendiri mengaku perkara itu hanyalah gurauan semata-mata. Emylia juga tidak menafikan bahawa si ibu sebenarnya tidak mahu imej anak lelakinya terjejas sehingga boleh menimbulkan sebarang kontroversi.


Kredit: Youtube TV3MALAYSIA Official & Instagram Naim Daniel

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kurang Upload Gambar Dengan Wanita Di Media Sosial, Naim Daniel Jaga Hati Mama

Facebook

Telegram