Viral

Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Isu perpisahan dalam kalangan selebriti semestinya hangat diperkatakan oleh ramai pihak. Namun tanpa mengetahui cerita sebenar, ada sahaja tokok tambah yang kurang enak didengari khususnya di laman sosial. Itulah dugaan dihadapi oleh seorang komposer tempatan yang telah kecoh dengan khabar angin tentang rumah tangganya sejak akhir-akhir ini.


BACA: Pernah Gaduh Sebelum Kahwin, Wanita Ni Syukur Suami ‘Berkeras’ Beli Kereta Awal

Lafaz talak melalui aplikasi WhatsApp, sedang tunggu proses mahkamah

Memetik laporan mStar Online, Zimi Sofazr atau nama sebenarnya Zarimi bin Zahari telah mengakui melafazkan talak kepada bekas isteri iaitu Isma Salwana Ismail pada Ahad lalu melalui aplikasi WhatsApp. Ura-ura mengenai perkahwinan mereka telah berantakan turut diakui dan kini sedang menantikan proses selanjutnya di mahkamah.


Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Enggan aibkan keluarga, hak penjagaan anak-anak adalah pada isteri

Enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan, sebaliknya dia cuma memaklumkan bahawa mereka sudah tak sehaluan lagi. Hal ini kerana pemuzik berusia 36 tahun berkenaan enggan membuka aib bekas isteri serta keluarga. Tidak cukup dengan itu, Zimi juga akur jika hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isteri.


Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Ada yang menokok tambah, nafi abaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan dia kini tidak lagi tinggal sebumbung bersama isteri termasuklah mengabaikan kebajikan terhadap anak-anak. Mengulas tentang isu tersebut pula, Zimi menafikan dakwaan melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Sumber: FB mStar Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

Facebook

Telegram