“Lagi Best Dari Show ABPBH”- Netizen Puji Gandingan Neeta & Han Byul, Gempak!

Big Stage minggu ke-6 yang berlangsung malam tadi telah menyaksikan gandingan persembahan daripada lapan orang peserta. Namun, antara yang paling menjadi perhatian penonton adalah gandingan Han Byul dan juga Neeta yang membawakan lagu Bang Bang. Ramai menyifatkan lontaran suara mereka sangat padu dan bertenaga, membuatkan aksi battle kedua-duanya tampak sangat serasi dan gempak!

BACA: Penyanyi ‘Kepuraanmu’Tak Sertai Big Stage, Cemburu Tapi Mahu Fokus Benda Lain

Battle round malam ni

Best battle ever. Tahniah Han Byul & Neeta

Pusingan battle yang melibatkan artis kelahiran Korea Selatan dengan gadis hitam manis ini telah menjadi perhatian warga Twitter apabila seorang individu berkongsikan video persembahan mereka di laman media sosial berkenaan. 

Lagi best dari ABPBH

Rata-rata netizen memuji kehebatan vokal kedua-duanya. Ramai maklum bahawa lagu nyanyian Nicki Minaj, Ariana Grande dan Jessie J ini sememangnya sukar dibawa kerana mempunyai banyak bahagian pitching yang tinggi namun Han Byul dan Neeta berjaya melakukannya dengan baik!

Diorang macam bersaing tapi masih tolong sesama sendiri

Berikut adalah persembahan penuh mereka yang dikongsikan oleh Astro Gempak menerusi saluran Youtube. Ruangan komen video berkenaan dibanjiri oleh komen-komen netizen yang jelas sekali menyukai persembahan berikut dan mengharapkan agar mereka berdua layak ke pentas final. 

Persembahan ni betul2 Bang Bang. Energy korang lain macam 

Hasil undian peminat dan persembahan malam tadi, Santesh merupakan peserta yang tersingkir. Manakala tujuh lagi peserta selamat mengekalkan kedudukan mereka untuk mara ke peringkat separuh akhir minggu hadapan. 

Sumber: Youtube Astro Gempak, Twitter luqmanhkm93

Apa Komen Anda?