“Lagi Kemas Dari Perempuan!”- Pelajar Ini Buktikan Lelaki Pun Pandai Jaga Bilik

Sebagai pelajar universiti, kadangkala mereka menjadi agak sibuk sehingga ada sesetengahnya yang mengabaikan kekemasan bilik masing-masing. Sama dengan situasi yang berlaku pada pelajar yang bernama Alif Shahrum ini. Dia juga tidak sempat mengemas bilik kerana terikat dengan minggu orientasi. Namun apabila sudah mempunyai masa, memang cantik betul ruang bilik yang dihasilkan olehnya.

Baca : Luar Nampak Biasa, Dalam Mewah, Transformasi Flat Ini Lepas Deko Gempak Habis!

Sebaik berkongsi beberapa foto biliknya di UIA kampus Gambang ke Twitter, posting tersebut terus mendapat ribuan retweets.

Baru sempat kemas hostel…

Walaupun ruang yang dimiliki agak terhad, ia tidak menjadi penghalang untuk Alif mengemas biliknya dengan sangat rapi. Jarang nampak bilik lelaki kemas macam ni, kan?

Tidak ketinggalan, Alif juga sempat berkongsikan suasana biliknya di rumah. 

Homes1ck teruk ni…

Dengan dekorasi cantik ini, mungkin ramai yang tidak menyangka ia telah menerima sentuhan dari seorang lelaki.

Dalam pada itu, netizen juga berasa kagum dan sempat memuji kekemasan bilik Aliff.

Apa benda hostel pun lawa…Meh design bilik aku

Wujud lagi eh lelaki macam ni kat dunia?

Aku jealous la…Lagi kemas dari perempuan

Sumber : Twitter Alifshahrum

Apa Komen Anda?