Lagi Lama Pakai Maksudnya Makin Bagus? Ini Fahaman Meleset Tentang Mask Muka

Kalau dah namanya wanita, penjagaan diri adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi soal kulit wajah yang sememangnya agak sensitif buat mereka. Bila disebut sahaja soal itu, bermacam-macam langkah diambil bagi memastikan muka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan juga bebas daripada jerawat ataupun jeragat. Oleh sebab itu, ramai gadis sering menjadikan mask sebagai salah satu produk penjagaan yang wajib mereka miliki. 

BACA: 5 Tahun Tinggal Di Jeju, Wanita Ini Dedah Rahsia Penjagaan Wajah Rakyat Korea 

Ada tempoh tertentu untuk pakai sheet mask

Advertisement

Walau bagaimanapun, produk ini boleh menjadi penyebab bagi kulit bermasalah jika salah cara penggunaannya. Menurut perkongsian oleh seorang pelayar Twitter @NaufalAntezem, sheet mask yang dijual kebiasaannya mempunyai pelbagai rangkaian maanfaat. Ada yang berfungsi untuk melembabkan kulit serta bersifat mencerahkan kulit wajah. Ia biasanya dipakai untuk beberapa tempoh yang telah ditetapkan kira-kira 15 ke 20 minit. Namun begitu, ramai yang leka dengan menggunakannya melebihi jangka waktu mengikut saranan. 

Gambar Sekadar Hiasan

Kulit boleh kering dan gatal kalau pakai terlalu lama

Advertisement

Tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada kulit wajah dengan menjadikannya bertukar gatal, kemerahan serta kering. Ini semua berpunca dari penyerapan cecair yang berlebihan oleh produk tersebut. Kalau diikutkan, mask berkenaan digunakan untuk melembapkan dan bukan dipakai lama sehingga kering menyerap kelembapan yang sedia ada pada muka. Adalah lebih baik untuk bersifat sederhana dalam penjagaan kulit wajah kerana bimbang ia akan membinasakan pula. 

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

 

Advertisement

Sumber: Twitter Naufal Antezem 

Apa Komen Anda?