Lagu ‘Berhantu’ Naim Daniel Berjaya Rangkul Lagu Terbaik Semi Final Muzik-Muzik

Semi Final Muzik-Muzik ke 34 minggu kedua diteruskan lagi semalam dengan menampilkan 11 buah lagu untuk dipertandingkan. Minggu kedua ini memperlihatkan lebih ramai muka baru berentap bersama penyanyi yang lebih senior. Setiap daripada mereka dilihat melakukan yang terbaik dalam menonjolkan kelebihan masing-masing. Persaingan sengit antara penyanyi-penyanyi tersebut telah menyaksikan lagu ‘Sumpah’ nyanyian Naim Daniel diangkat sebagai lagu terbaik. 

BACA: Lirik Kontroversi Drama Band Raih Lagu Terbaik Semi Final Muzik Muzik 34

Lagu ‘Sumpah’ pernah dikaitkan dengan bekas teman wanitanya

Advertisement

Naim yang juga seorang pelakon terkenal mengejutkan industri apabila muncul dengan single pertamanya bertajuk ‘Sumpah’. Sebelum ini, lagu tersebut pernah mendapat perhatian ramai apabila penceritaan di sebalik diakui berkait dengan bekas teman wanita penyanyi lelaki berkenaan. Pertikaian antara keduanya berlaku apabila penghasilan lagu berkenaan dikatakan hak milik bersama. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak telah menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku sekaligus menjernihkan keadaan. 

Advertisement

Percubaan pertama yang mengejutkan

Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi baru itu mengakui sangat terkejut dengan keputusan berkenaan namun sangat berbesar hati. Lebih-lebih lagi ia merupakan percubaan pertamanya menyertai pertandingan sebegitu. Seperti minggu sebelumnya, pencapaian lagu terbaik itu tidak menjanjikan Naim akan terus mara ke pentas akhir. 

Advertisement

Aku ingat ini lagu ketuhanan sebab lirik mendalam

Kemenangan lagu tersebut turut diakui layak menang oleh para netizen. Mereka turut berkata lirik lagu yang ditulis oleh penyanyi itu mempunyai makna yang sangat mendalam. Persembahan menyentuh hati itu membuat penonton terbuai-buai melayan bait-bait lirik berkenaan. 

Advertisement

 

Sumber: TV9 Malaysia Official & Harian Metro 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?