Tips

Lahai.. Baru Tahu Ini Rupanya Sebab Duit RM1 Selalu Kena Reject Mesin Gedegang!

Lahai.. Baru Tahu Ini Rupanya Sebab Duit RM1 Selalu Kena Reject Mesin Gedegang!

Sharing is caring!

Rasanya ramai yang pernah lalui mengalami situasi yang bikin panas ini. Punyalah haus atau mengidam nak beli air dekat ‘mesin gedegang’, boleh pula reject duit RM1.00 kita. Takkan duit yang kita guna tu palsu pula, sampai dah masukkan banyak kali pun dia tetap keluarkan semula. Awalnya mungkin ramai menyangka perkara itu berlaku disebabkan oleh keadaan wang kertas yang kotor, terlipat dan sebagainya. Tapi sebenarnya semua itu salah belaka!

BACA: “Angin Betul Dengan Rider, Siang-Siang ‘Romen’ Dalam Kereta Aku!”


Lahai.. Baru Tahu Ini Rupanya Sebab Duit RM1 Selalu Kena Reject Mesin Gedegang!
Gambar sekadar hiasan

Menurut info yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aini ini, mesin tersebut tidak akan menerima not RM1.00 yang mempunyai tandatangan milik Tan Sri Muhammad bin Ibrahim, Sebaliknya ianya hanya akan menerima wang kertas yang ada tandatangan Gabenor Bank Negara sebelumnya sahaja iaitu Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. 

Lahai.. Baru Tahu Ini Rupanya Sebab Duit RM1 Selalu Kena Reject Mesin Gedegang!
Gambar sekadar hiasan

Tambah wanita itu lagi, setiap vending machine telah diprogramkan untuk hanya menerima corak tertentu yang ada pada setiap wang kertas dan tandatangan itu adalah antara elemen penting yang turut diambil kira. Jika duit itu diterbalikkan sekali pun, fungsi ultraviolet scanner yang ada di dalam mesin itu akan mengesan kedua-dua belah wang kertas yang masuk ke dalamnya. Perkara ini juga tertakluk kepada semua jenis mesin yang ‘sewaktu’ dengannya seperti mesin autopay parking, kerusi urut dan sebagainya.


Lahai.. Baru Tahu Ini Rupanya Sebab Duit RM1 Selalu Kena Reject Mesin Gedegang!
Gambar sekadar hiasan
Lahai.. Baru Tahu Ini Rupanya Sebab Duit RM1 Selalu Kena Reject Mesin Gedegang!
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter nurfitriainii


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lahai.. Baru Tahu Ini Rupanya Sebab Duit RM1 Selalu Kena Reject Mesin Gedegang!

Sharing is caring!