“Laki Aku Nangis Tepi Katil Time Aku Beranak, Dia Insaf Bila Tengok”

Pengalaman melahirkan bayi adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan buat para ibu. Pastinya, setiap wanita hamil pasti mempunyai kisah yang berbeza-beza dan juga penuh dengan cabaran tersendiri. Namun, itulah hakikat yang perlu dilalui dalam keterujaan menyambut kelahiran zuriat baru. Begitulah juga dengan seorang wanita ini yang sempat berkongsi pengalamannya bersalin anak sulung sambil ditemani suami di sisi.

BACA: [VIDEO] Diuji Menghidap PCOS, Wanita Ini Sebak Disahkan Hamil Selepas 6 Tahun

Rasa perit contraction tu maha dasyat

Advertisement

Perkongsian tersebut telah dimuat di laman Twitter oleh @Intankaharuddin yang juga merupakan seorang jurusolek sehingga tular di kalangan netizen. Jelasnya, pengalaman ‘mahkota’ dibelah memang kedengaran ngeri namun ia tidak dapat dibandingkan dengan rasa perit berhadapan fasa contraction. Setelah dua kali merasai pengalaman tersebut, dia sempat berpesan untuk lebih tenang kerana cara berkenaan sebenarnya memudahkan proses melahirkan bayi.

Advertisement

Anak no 2 aku layan contraction tanpa meroyan

Pengalaman berjuang melahirkan anak pertama membuka matanya untuk tidak mengulangi kekurangan tersebut. Malah, dia lebih relaks sambil mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari bagi menyenangkan proses berkenaan. Hasilnya, proses itu hanya dilalui selama beberapa minit sahaja. Lebih menarik lagi, wanita itu turut mendedahkan di mana suaminya menyaksikan sendiri moment tersebut sehingga menangis di birai katil.  Walau bagaimanapun, peristiwa itu tidak lagi berulang untuk kehamilan yang kedua kerana sudah membiasakan diri.  

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter Intan Kaharuddin 

Apa Komen Anda?