[VIDEO] Lalu Siap Tunduk Depan Tutorial Tudung, Ragam Sopan Ibu Gadis Ini Viral

Sejak zaman dulu lagi, masyarakat di Malaysia begitu terkenal dengan amalan nilai santun dan adab yang tinggi. Selain mementingkan keharmonian dan perpaduan, perkara ini turut memberikan tanggapan yang baik kepada masyarakat dunia lain sama ada dari segi perbuatan, perkataan dan juga tingkah laku. Malah rata-rata generasi lama dilihat lebih utuh nilai kesopanan kerana dibesarkan sedemikian seperti video tular yang dikongsikan oleh gadis ini.

BACA: [VIDEO] Ally Iskandar Tak Sengaja Usik Masa Live, Aksi Gadis Melatah Lucu Habis

Ingat dia buat macam tu orang tak nampak ke..

Beberapa hari sebelum ini, Diyana telah berkesempatan untuk merakam sebuah video tutorial tudung di rumah. Tatkala ralit membuat kemasan terhadap penampilannya, gelagat spontan ibu yang datang dari arah belakang nyata telah mencuri tumpuan ramai. Mana tidaknya, dia seakan-akan memberi tunduk hormat kepada para penonton yang menyaksikan video terbabit sambil berlalu pergi dengan langkah yang cukup pantas.

Mak cakap terima kasih kat semua..

Orang lama penuh sopan santun…punyalah memahami kerja anak

Sejak dimuat naik petang semalam, video yang sangat menghiburkan itu telah meraih lebih 18 ribu retweets dan 300 ribu jumlah tontonan setakat ini. Di samping menyifatkan ragamnya sebagai terlalu comel dan lucu, rata-rata netizen turut memuji nilai kesopanan yang dipamerkan oleh wanita itu walaupun hanya rakaman semata-mata. Tidak kurang juga ada yang berseloroh menyatakan dua beranak ini tampak cantik dalam video berkenaan.

Sumber: Twitter diyanasyhrh

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?