Meskipun wabak COVID-19 masih lagi berleluasa, namun rakyat Malaysia patut bersyukur kerana masih diberi peluang melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sesungguhnya tanpa frontliners seperti askar, polis dan pasukan perubatan, nikmat tersebut mungkin tak mampu diperolehi saat ini. Selain terdedah dengan risiko pandemik tersebut, ada sesetengah mereka terpaksa berpisah lama dengan ahli keluarga masing-masing demi keselamatan negara.
BACA: Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar
Selalunya jumpa 2 minggu sekali…tengok siapa paling excited nampak papa balik daripada tugasan askar
Mungkin itulah yang dirasai oleh 2 kanak-kanak lelaki yang jadi perhatian ramai di Twitter baru-baru ini. Gara-gara penangan wabak virus tersebut, bapa mereka terpaksa bertugas lama selaku anggota tentera. Menurut wanita bernama Nurul Huda ini, biasanya lelaki tersebut akan pulang kepada keluarganya pada setiap 2 minggu. Reaksi 2 beradik ini apabila terlihat bapa kesayangan menuju ke arah kereta mereka sangat priceless apabila tak henti-henti jerit ‘papa’ sampai terlupa cara buka pintu kereta.
Selalu papa balik jugak 2minggu sekali tapi sebab covid papa tak boleh balik. Tengok lah siapa palinh excited nampak papa 😆🥺❤️ #anakaskar pic.twitter.com/39v9JdMzyt
— PhytoNLC Serum 🌟 (@Nurulhudarosly_) September 14, 2020
Pernah rasa macam ni masa kecil…jumpa abah kadang-kadang je sebab nak cari duit lebih
Selain menjadi tular di laman Twitter, rakaman berdurasi 49 saat itu juga telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Di samping berasa sebak, ada juga individu yang terimbau kenangan terpaksa berjauhan dengan ibu bapa demi tugas pada negara.
Sumber: Twitter Nurulhudarosly_
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
