Artis Inspirasi Isu Semasa

Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Bagi pengemar drama atau filem tempatan, pasti ramai yang akan familiar dengan seorang pelakon bernama Hamid Gurkha. Mana tidaknya, figura ini sering menghiasi kaca televisyen dengan telatah lucu serta loghat Negeri Sembilan yang pekat. Malah, tidak salah rasanya jika menggelar beliau antara ‘otai lawak’ yang paling dikenali di Malaysia.


BACA: Bila Ramai Pelawak Jadi DJ, Content Radio Tempatan Semakin Banyak Merepek

Sudah menginjak ke usia 90 tahun…Hamid Gurkha alami masalah pendengaran dan kian uzur

Bagaimanapun, ramai mula berasa simpati selepas melihat pelawak kesayangan mereka telah terlantar di atas katil ekoran keadaannya yang semakin uzur. Menurut akhbar Harian Metro, pelakon berkenaan difahamkan hanya mengalami masalah pendengaran memandangkan usianya sudah mencecah 90 tahun. Selain itu, dia juga turut diuji apabila dijangkiti Covid-19 pada 2 bulan lalu, namun keadaannya semakin membaik selepas dijaga oleh isteri serta anak-anak.

Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Saya pun tak tahu berapa lama terbaring, tapi Alhamdulillah puasa tak tinggal

Biarpun hanya terbaring, siapa sangka selebriti itu tetap kuat untuk berpuasa di bulan Ramadan. Menerusi perkongsian hanisyaomakkau di laman TikTok, Hamid sempat berkata bahawa ibadah tersebut tidak boleh ditinggalkan walaupun kesihatannya semakin merosot. Jelas si anak, abah tetap ingin menunaikannya atas alasan saham akhirat supaya dia mampu ‘pergi’ dalam keadaan sempurna iman.


Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

@hanisyaomakkau

Semoga ada anugerah utk pelawak veteran yang tak hebat ni #pelawak #beritatiktok

♬ original sound – 🇲🇾 Hanisya@Omakkau 🇲🇾 – 🇲🇾 Hanisya@Omakkau 🇲🇾

Terima kasih sebab pernah hiburkan saya sewaktu kecil…semoga Allah balas jasa pak Hamid

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati melihat keadaan pelawak kegemaran mereka pada dahulu kala. Malah, titipan doa juga tidak henti-henti diberikan agar dirinya dikurniakan umur yang panjang serta kesihatan tubuh badan.


Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Kredit: TikTok hanisyaomakkau, Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lama Terbaring Dek Faktor Usia, Ramai Terharu Hamid Gurkha Tak Tinggal Puasa

Facebook

Telegram