Lamar Suami Dulu, Puan Rozita Kongsi Rahsia Uji Abang Haji 16 Tahun Lalu

Dalam merencana kehidupan, seorang wanita tidak lepas dari memikirkan kehidupan di hari tua.  Persediaan rapi amat diperluk@n bagi menghadapi fasa kehidupan ini. Bukan sahaja seorang wanita akan mengalami perubahan dari segi fizikal, malahan emosi juga. Dalam temu bual bersama Mingguan Wanita di Youtube, Puan Rozita Ibrahim, iaitu ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi persediaan beliau bagi menghadapi kehidupan di usia emas.

BACA: [Foto]Persis Pengantin Baru! Majlis ‘Anniversary’ Ke-50 Tarik Perhatian Ramai

Menurut Puan Rozita, ramai yang merasakan perkahwinan dan anak-anak merupakan suatu jaminan kebahagiaan di usia emas. Namun tidak bagi beliau. Bagi beliau langit bukanlah selalu cerah. Oleh itu persediaan diperluk@n.

Jangan harap anak untuk balas jasa

“Saya sayang anak saya tapi saya tak letak harapan untuk anak saya jaga saya di hari tua. Saya perlu jaga kesihatan saya supaya anak saya tidak perlu jaga saya. Anak saya akan berkahwin dan menjadi milik orang lain. Jadi saya kena ikhtiar cari menantu yang baik-baik.

Kedua, apabila sayang anak lebihkan menantu. Anak tetap anak kita, dia takkan lari. Tapi kite kena baik dengan menantu.

Ketiga, apabila kita ada anak jangan harap anak akan jaga dan balas jasa kita. Nanti kita kecewa.”

 

 

 

Dalam berbicara mengenai alam rumah tangga, Puan Rozita mengakui kehidupan rumah tangganya yang lalu bukanlah seindah yang disangka. Pernah bercer@i beberapa kali membuatkan beliau lebih berhati-hati dalam menguruskan kehidupan rumah tangganya.

Syukur suami saya seorang yang soleh

“Sudah 16 tahun saya mendirikan perkahwinan dengan Abang Haji. Alhamdulillah prinsip hidup suami saya sangat kuat. Prinsip hidup dan prinsip Islamnya sangat kuat. Syukur suami saya seorang yang soleh, bukan kaki perempuan dan tidak bergantung pada duit perempuan . Dia bekerja sendiri. Katanya, dia tidak mahu duit saya.”

 

Menyingkap tentang pertemuan pertamanya dengan Abang Haji, Puan Rozita memberitahu mereka berkenalan di laman MySpace. Pada ketika itu beliau menggunakan nama samaran “Anggun KL”. Berbeza dengan lelaki lain yang berlumba-lumba ingin bertemu dengannya setelah mengetahui identiti sebenarnya, Abang Haji tidak menunjukkan minat untuk bertemu dengannya. Ini membuatkan Puan Rozita lebih teruja untuk bertemu dengan jejaka yang kini suaminya.

Dia tak mahu jumpa saya, tapi bila saya jumpa dia, saya test dia.

“Dia tak mahu jumpa saya, tapi bila saya jumpa dia, saya test dia.

Disebabkan suami saya bukan jenis yang membaca majalah-majalah, jadi dia tidak kenal saya. Tetapi dia tahu saya ada duit kerana ketika pertemuan kami,  saya datang dengan kereta mahal.

Setelah lama berkenalan, saya uji buka CD al-Quran dan dia boleh hafal. Kemudian saya uji dia dan cuba pegang tangan dia, tapi dia tanya kenapa nak pegang tangan? Ada yang halal kenapa nak haram?

Akhirnya saya yang pinang dia.”

 

Sumber: Youtube Mingguan Wanita

 

 

Apa Komen Anda?