Inspirasi

[VIDEO] “Kita Perempuan Kita Berani” -Ernie Mengaku Buka Langkah Confess Syamel

[VIDEO] “Kita Perempuan Kita Berani” -Ernie Mengaku Buka Langkah Confess Syamel

Sharing is caring!

Seperti yang sedia maklum, selebriti Ernie Zakri lebih terbuka untuk berkongsi mengenai hubungan cintanya bersama Syamel selepas mereka bertunang. Siapa sangka, dua penyanyi ini rupa-rupanya pandai menyimpan kemas kisah cinta yang sekian lama terjalin sehingga gagal diketahui oleh peminat. Tidak terkecuali, penampilan mereka di sebuah program temu bual turut mencuri perhatian ramai netizen.

BACA : Syamel Ada Ciri Suami Idaman, Ernie Zakri Umum Bakal Berkahwin Tahun Depan


Cerita jelah you yang mengurat I dulu.. Sebenarnya Ernie yang mengaku dulu suka dekat Syamel

Dalam segmen tersebut, Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly sempat disoal oleh host rancangan tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein mengenai kisah cintanya bersama Ernie. Mana tidaknya, dalam diam mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Namun apa yang mengejutkan apabila penyanyi berusia 29 tahun ini mendedahkan bahawa dia yang memulakan langkah untuk meluahkan isi hatinya kepada Syamel.

[VIDEO] “Kita Perempuan Kita Berani” -Ernie Mengaku Buka Langkah Confess Syamel

[VIDEO] “Kita Perempuan Kita Berani” -Ernie Mengaku Buka Langkah Confess Syamel

[VIDEO] “Kita Perempuan Kita Berani” -Ernie Mengaku Buka Langkah Confess Syamel

Kita perempuan kena berani.. Saya rasa, kalau tak ambil langkah pertama benda ni tak jadi

Tegas penyanyi bersuara lunak ini lagi, seseorang wanita itu seharusnya memberanikan diri untuk meluahkan perasaan kepada insan yang dicintai. Situasi tersebut bertambah lucu apabila Nabil terus-terusan ‘membahan’ tetamu jemputan berkenaan. Walaupun gelagatnya digelakkan oleh penonton, namun Ernie kekal tenang di samping tunangnya sebelum menyambung semula temu bual tersebut.


 

Sumber : YouTube


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini