Inspirasi Tips

Langsir Kekal Segak Dan Tak Bergerak, Wanita Kongsi Rahsia Hanya Guna Paip Span

Langsir Kekal Segak Dan Tak Bergerak, Wanita Kongsi Rahsia Hanya Guna Paip Span

Menjelang musim perayaan, sudah pasti ramai akan mula sibuk menghias rumah masing-masing. Adakalanya, mereka perlu membeli barang yang baharu dan mahal bagi memastikan rumah terlihat cantik. Bagaimanapun, adakah kita pernah berdepan situasi yang mana sesuatu perhiasan itu sering tak kekal tersusun? Pasti jenuh asyik nak betulkan selalu.


BACA: Menyorok Belakang Langsir Sebab Lelaki Dalam Bilik, Gelagat Gadis Bikin Dekah

Serabut mata tengok langsir tak reti duduk diam, mood men-deco dah kembali

Sama juga seperti masalah yang dihadapi oleh wanita ini apabila langsirnya sering tidak duduk diam. Menerusi perkongsian febinasaputri di laman TikTok, dia pada asalnya menunjukkan keadaan perhiasan rumah itu yang seakan-akan serabut. Namun, idea bernas akhir terserlah selepas dia mempunyai cara memperbaikinya hanya menggunakan paip span.

Langsir Kekal Segak Dan Tak Bergerak, Wanita Kongsi Rahsia Hanya Guna Paip Span

Kongsi tutorial cara pasang paip span pada langsir, moga bermanfaat kepada semua

Bagaimanapun, sorotan itu berjaya mencuri perhatian ramai sehingga ada yang bertanya mengenai cara menggunakannya. Menerusi perkongsian terbaharu, wanita berkenaan telah menunjukkan tutorial mudah cara memasangnya pada langsir jenis ‘Lenda’. Dia dilihat hanya memotong paip tersebut kepada beberapa bahagian. Kemudian, meletakkan pada setiap lubang sebelum memasang kembali ke tempat asal.


@febinasaputri

Balas kepada @_miaazmi done sis semoga bermanfaat..😊#fyp_🇮🇩🇲🇾

♬ bunyi asal – 𝓕𝓮𝓫𝓲𝓷𝓪 𝓼𝓪𝓹𝓾𝓽𝓻𝓲 – 𝓕𝓮𝓫𝓲𝓷𝓪 𝓼𝓪𝓹𝓾𝓽𝓻𝓲

Thank you share sis…awak jangan delete ya saya nak like untuk tengok kemudian hari

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut memuji tips yang dikongsikan wanita itu. Malah, idea tersebut turut memberikan inspirasi kepada mereka untuk menghias rumah dengan bahan yang lebih murah.


Langsir Kekal Segak Dan Tak Bergerak, Wanita Kongsi Rahsia Hanya Guna Paip Span

Langsir Kekal Segak Dan Tak Bergerak, Wanita Kongsi Rahsia Hanya Guna Paip Span

Langsir Kekal Segak Dan Tak Bergerak, Wanita Kongsi Rahsia Hanya Guna Paip Span

Kredit: TikTok febinasaputri😊

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Langsir Kekal Segak Dan Tak Bergerak, Wanita Kongsi Rahsia Hanya Guna Paip Span

Facebook

Telegram