Family Viral

Langsung Tak Pernah Bertengkar, Isteri Minta Berpisah Sebab Suami Terlalu Baik

Langsung Tak Pernah Bertengkar, Isteri Minta Berpisah Sebab Suami Terlalu Baik

Sharing is caring!

Tidak ada sesiapa pun yang menginginkan rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan. Malahan, jika berlaku salah faham dengan partner pastinya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan agar masalah tersebut boleh diselesaikan. Sering kali kita mendengar perpisahan berlaku disebabkan oleh perangai suami atau isteri, namun lain pula cerita mengenai suami isteri ini.

BACA: Jangan Bazir Masa Tak Tentu Pasal, Lelaki Nak Kahwin Cari Calon Isteri Solehah


Nak berpisah dengan suami sebab tak pernah marah…Banyak kali dah cuba buat perangai

Menerusi portal Astro Awani, seorang wanita daripada Uttar Pradesh, India telah menuntut perpisahan dengan suami yang baru dikahwini selama 18 bulan. Hal ini kerana, dia fed-up apabila tidak pernah bertengkar dengan lelaki tersebut apantah lagi memarahinya meskipun sudah beberapa kali cuba ‘buat perangai’. Namun, wanita berkenaan tidak menafikan bahawa suaminya rajin menolong menguruskan rumah tangga termasuklah memasak untuk dirinya.

“Kadangkala dia yang masak untuk saya dan juga bantu menguruskan tugas-tugas berkaitan rumah tangga”


 

Langsung Tak Pernah Bertengkar, Isteri Minta Berpisah Sebab Suami Terlalu Baik
Gambar sekadar hiasan

Dah buat silap banyak kali, suami tetap maafkan…Pihak mahkamah nasihat bincang dengan baik

Selain itu, lelaki berkenaan sering memaafkannya walaupun sudah melakukan kesilapan sehingga membuat dia berasa sangat pelik. Setelah mendengar perkara tersebut, pihak mahkamah menolak permohonan tersebut kerana menganggap keputusan itu terburu-buru. Dalam masa sama, couple berkenaan dinasihatkan agar berbincang dengan baik masalah rumah tangga mereka.

“Apabila saya buat silap, dia selalu maafkan apa yang saya dah dilakukan. Pelik”


Langsung Tak Pernah Bertengkar, Isteri Minta Berpisah Sebab Suami Terlalu Baik
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber: Portal Astro Awani, The Week 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!