Family Hiburan

“Lari Pergi Kat Ibu” -Kru Bagai Nak ‘Pecah Perut’ Layan Gelagat Selamba Aafiyah

“Lari Pergi Kat Ibu” -Kru Bagai Nak ‘Pecah Perut’ Layan Gelagat Selamba Aafiyah

Sharing is caring!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan anak tunggal kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Aafiyah. Kehadirannya sering menjadi tumpuan warganet terutamanya di laman Instagram. Ada sahaja keletah comel yang dilakukan oleh si cilik tersebut sehingga membuatkan ramai berasa ‘geram’.


BACA: Gigih Buat Kek Sempena Anniversary Ibu Ayah, Telatah Aafiyah Curi Perhatian

“Lari pergi kat ibu”…Dia boleh gelakkan kita pula, habis kecoh satu kampung

Baru-baru ini, kanak-kanak berusia 2 tahun tersebut telah berpeluang terlibat dalam pengambaran lagu terbaru Tokti. Menerusi video dimuat naik, penyanyi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu terhibur melihat gelagat anaknya yang tak nak mengikut arahan kru. Meskipun sudah disuruh berlari ke arah ibunya berkali-kali, tetapi dia hanya buat selamba sahaja. Namun, di hujung babak tersebut barulah si cilik berkenaan menerpa ke arah figura terkenal itu.


Comelnya Aafiyah…Dia confuse, kenapa perlu lari? Sedangkan ibu yang sangat cantik ada dekat depan

Bukan itu sahaja, semua yang berada lokasi berkenaan gagal menahan ketawa apabila melihat gelagat selamba si cilik tersebut. Di samping terhibur dengan keletah Aafiyah, rata-rata netizen turut memuji kecomelan kanak-kanak tersebut. Selain itu, mereka juga berseloroh mengatakan dia kononnya terkesima melihat kecantikan Tokti sehingga buatkannya tak boleh lari. Secara keseluruhan, video itu berjaya raih lebih 300 ribu jumlah tontonan setakat ini.


“Lari Pergi Kat Ibu” -Kru Bagai Nak ‘Pecah Perut’ Layan Gelagat Selamba Aafiyah

“Lari Pergi Kat Ibu” -Kru Bagai Nak ‘Pecah Perut’ Layan Gelagat Selamba Aafiyah

“Lari Pergi Kat Ibu” -Kru Bagai Nak ‘Pecah Perut’ Layan Gelagat Selamba Aafiyah

“Lari Pergi Kat Ibu” -Kru Bagai Nak ‘Pecah Perut’ Layan Gelagat Selamba Aafiyah

Sumber: Instagram ctdk 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!