Viral Family Inspirasi

Last Minute Bapa Jadi Hero, Adik-Beradik Tunaikan Hasrat Mak Nak Jadi Pengantin

Last Minute Bapa Jadi Hero, Adik-Beradik Tunaikan Hasrat Mak Nak Jadi Pengantin

Sudah menjadi impian setiap anak untuk membahagiakan kedua-dua ibu bapa. Pelbagai cara akan dilakukan bagi membalas jasa orang tua tidak kiralah dari segi wang ringgit, harta benda mahupun kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Kejutan busana pengantin buat mak

Baru-baru ini tular di TikTok, seorang gadis cantik yang bernama Scha bekerjasama dengan adik-beradiknya untuk menunaikan hajat si ibu mahu merasa menjadi pengantin. Sempena menyambut hari kelahiran wanita itu yang ke-60 tahun, mereka berpakat untuk survey pakaian pengantin di butik terlebih dahulu. Akhirnya masing-masing bersepakat untuk memilih baju yang paling cantik untuk ibunda tercinta.

Last Minute Bapa Jadi Hero, Adik-Beradik Tunaikan Hasrat Mak Nak Jadi Pengantin

 

Mak jadi pengantin of the year

Perancangan awal adalah untuk pergi makan dahulu bersama keluarga tetapi ternyata adik-beradik itu membawa si ibu ke butik untuk mencuba baju dan menata rias bagi sesi photoshoot. Terharu dengan tindakan anak-anak, wanita tersebut terus mengalirkan air mata dek kerana terharu selain tidak menyangka akan kejutan itu. Moment itu bertambah manis apabila suaminya turut bersama-sama mengenakan busana pengantin yang sedondon.

@notscha_

selamat hari lahir yang ke 60 Tahun mak, we love you 🤍 #fyp #fypシ #surprise #birthday

♬ A thousand years – Zeus

Impian setiap anak nak datang kenduri kahwin parents

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur dan tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga tersebut. Dalam pada itu, ramai juga yang tak lepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan mereka terus kekal bahagia.

Last Minute Bapa Jadi Hero, Adik-Beradik Tunaikan Hasrat Mak Nak Jadi Pengantin

Last Minute Bapa Jadi Hero, Adik-Beradik Tunaikan Hasrat Mak Nak Jadi Pengantin

Kredit: TikTok Scha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Last Minute Bapa Jadi Hero, Adik-Beradik Tunaikan Hasrat Mak Nak Jadi Pengantin

Facebook

Telegram