Kehidupan Tips

Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep

Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep

Sharing is caring!

Pernah tak tiba-tiba anda mengalami lebam atau benjolan gatal yang besar sikit daripada kesan gigitan nyamuk? Jika ada, mungkin haiwan yang hebat menyamar ini adalah penyebab kepada masalah berkenaan.

BACA: Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah


Rupa macam serpihan kayu dan sering melekap di dinding atau almari

Memetik daripada Sinar Harian, haiwan yang dikenali sebagai kamitetep atau nama saintifiknya Phereoeca uterella ini menyerupai seakan serpihan kayu dan sering dilihat melekap di bahagian dinding rumah dan almari. Kamitetep merupakan larva kupu-kupu yang hanya sebesar biji timun dan boleh mengigit sehingga menyebabkan kegatalan.

Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep
Gambar Sekadar Hiasan

 

Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep
Gambar Sekadar Hiasan

Suka makan fabrik dan sarang labah-labah kecil

Haiwan ini sebenarnya adalah seperti hama parasit kerana ia gemar memakan fabrik dan juga sarang labah-labah kecil. Cengkerang yang keras dan berbentuk seakan kuaci itu merupakan kepompong haiwan tersebut. Apabila hendak mendapatkan makanan, hanya sebahagian badannya yang akan keluar daripada cengkerang tersebut.


Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep
Gambar Sekadar Hiasan

 

Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep
Gambar Sekadar Hiasan

Pastikan ruang almari tidak lembab dan bersihkan sawang

Menurut portal syukraka.com pula, masalah kamitetep boleh dielakkan dengan meletakkan kapur barus ke dalam almari pakaian. Selain itu, persekitaran rumah haruslah dijaga dan sarang labah-labah atau sawang haruslah dibuang. Akan tetapi, orang ramai diingatkan bahawa untuk tidak menggunakan tangan ketika melakukan pembersihan bagi mengelakkan risiko digigit sehingga menyebabkan kegatalan.

Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Sinar Harian, syukraka.com


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!