Lebih Pandai Memasak, Ada 7 Sebab Kenapa Anak Sulung Paling Untung Dikahwini

Memilih calon isteri atau suami yang serasi amatlah penting bagi menjamin kesejahteraan sesebuah rumah tangga. Selain itu juga, keserasian antara kedua-duanya juga memainkan peranan yang besar. Lazimnya, anak sulung sering dikaitkan dengan fakta bahawa mereka adalah calon yang paling sesuai untuk dikahwini. Menurut artikel dari Pesona Pengantin, ada tujuh sebab utama kenapa mereka adalah calon yang paling sesuai untuk dipilih menjadi calon isteri.

BACA: Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

Kenapa anak sulung yang patut dipilih?

Bergelar anak perempuan pertama dalam keluarga bukanlah sesuatu yang mudah. Merekalah yang sering menjadi harapan keluarga serta contoh kepada adik beradik lain. Figura ini sering terlihat sebagai seorang yang sangat kuat hatinya serta tegas meskipun sering menangis dalam diam di sebalik senyuman. 

Gambar Sekadar Hiasan

1. Lebih selesa berlaku jujur

Seorang anak sulung sering berlaku jujur kepada ibu bapa memandangkan dia memegang tanggungjawab yang agak berat berbanding adik beradiknya yang lain. 

2. Diajar untuk berdikari

Sifat berdikari juga seringkali dikaitkan dengan anak sulung. Dengan kehadiran adik-adik lain, anak sulung selalunya akan cuba untuk ‘survive‘ tanpa bantuan ibu bapa. 

Gambar Sekadar Hiasan

3. Bersifat melindungi

Selain itu juga, anak sulung turut bersifat sangat melindungi terutamanya melibatkan adik beradik serta ahli keluarga yang lain. Kebiasaannya, dia akan menganggap dirinya sebagai penjaga dalam keluarga selepas ibu bapa. 

4. Biasanya pandai memasak

Dek kerana sering menggantikan ibu untuk menjaga adik beradik yang lain, naluri seorang anak sulung lebih bersifat keibuan. Personaliti tersebut sedikit sebanyak mendorongnya untuk belajar memasak dari usia muda. 

Gambar Sekadar Hiasan

5. Seorang pendengar yang baik

Jika ibu bapa sibuk bekerja mencari rezeki, anak sulunglah yang menjadi tempat bergantung serta mendengar keluhan adik-adik di rumah. Sekiranya mampu, dia juga akan cuba mencari jalan penyelesaian sebelum merujuk masalah tersebut kepada ibu bapa. 

6. Calon ibu yang paling sesuai

Kesemua ciri di atas telah menggambarkan anak sulung sebagai figura yang sangat bertanggungjawab lebih-lebih lagi setelah terbiasa membantu si ibu menjaga adik-adik lain.

7. Seorang yang sangat rajin

Anak sulung adalah antara anak yang paling diharap oleh orang tua untuk membantu mereka memandangkan dirinya lebih tua berbanding adik-adik lain. Oleh itu juga, mereka mempunyai sikap yang lebih ringan tulang khususnya dalam melaksanakan kerja-kerja rumah.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Pesona Pengantin

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?