Lebih Pentingkan Skandal Dari Anak, Bekas Isteri Kesal Sikap Chef Fikree

Beberapa minggu lalu, kita telah dikejutkan dengan pergolakan rumah tangga yang menimpa Chef Fikree bersama Zuriehan Ben Yahya. Namun hubungan rumah tangga mereka terputus apabila Chef Fikree nekad berpisah dengan wanita berkenaan. Katanya, Chef Fikree menjalin hubungan bersama seorang pengacara rancangan jualan langsung yang berstatus isteri orang. Meskipun berat, itulah kenyataan yang perlu diterima oleh Zuriehan.

Baca : Baru 3 Hari Berpisah, Chef Fikree Dah Halau Bekas Isteri Keluar Dari Rumah?

Baru-baru ini, Zuriehan menerusi Instagramnya sekali lagi membuat luahan rasa kecewa kepada Chef Fikree. Luahan itu dibuat rentetan sikap tidak bertanggungjawab Chef Fikree yang seakan mengabaikan Jayden dek kerana lebih mementingkan skandalnya.

Tak habis jaga perempuan tu…Anak demam buat tak tau…

Bukan itu sahaja, Zuriehan juga sempat mendedahkan bahawa kini Chef Fikree mahu memfailkan nusyuz ke atas dirinya. Menurutnya, ada sahaja yang tidak kena di mata bekas suaminya itu.

Oleh yang demikian, netizen juga tak putus-putus memberikan semangat dan turut meluahkan bengang dengan perbuatan Chef Fikree.

Masa nak usaha, dah dapat anak comel buat hal

Sabar ye…Jaga kesihatan untuk Jayden

Tak senonoh semua hijabirah tu…

Sumber : Instagram Zuriehan Ben Yahya

Apa Komen Anda?