Lebihkan Mak Sampai Teraniaya Isteri – Ramai Suami Masih Tak Ikut Urutan Nafkah

Antara isteri, anak atau ibu bapa, mana yang lebih utama? Tidak dinafikan, persoalan seperti ini kerap bermain dalam masyarakat kita pada masa kini. Mana tidaknya, ibu bapa adalah insan yang telah banyak berjasa dari saat kita lahir hinggalah ke alam dewasa. Manakala isteri pula adalah orang yang kita sayangi dan nikahi dengan akad atas nama Allah S.W.T. Perkara ini sememangnya tidak boleh dibuat main-main kerana tersilap perhitungan sahaja boleh menyebabkan seorang lelaki itu berdosa terhadap ahli keluarganya.

BACA: Letih Nak Melayan Ego Suami, Realitinya Ramai Isteri Hidup Dalam Tekanan

Nilai perlu beri kepada orang tua bergantung pada kemampuan anak

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin baru-baru ini, dia ada mengulas sedikit sebanyak tentang isu dan masalah sosial ini. Ujarnya, zaman kini ramai ibu bapa yang menggunakan kuasa ‘veto‘ mereka untuk mendapatkan sejumlah daripada setiap anak sedangkan perkara itu bukanlah wajib diamalkan dalam agama. Oleh sebab itu, ia perlu ditentukan menerusi keupayaan setiap anak itu sendiri.

Gambar sekadar hiasan

Ramai tak faham & terbeban dalam menjadi suami & anak

Advertisement

Antara punca berlaku konflik sedemikian adalah masyarakat kita kurang ilmu tentang urutan nafkah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. sendiri. Akibatnya, mereka lah yang akan menanggung dilema kerana terpaksa memenuhi tuntutan tidak munasabah dan mengabaikan ahli keluarga yang sepatutnya.

Gambar sekadar hiasan

Mula dengan diri sendiri, isteri, anak, bapa kemudian mak

Advertisement

Sekiranya mengikut pelaksanaan yang betul, para suami tidak boleh sesekali mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak hanya dengan alasan ingin membantu ibu bapa di kampung. Namun begitu, langkah yang paling bagus adalah membuat belanjawan dengan berhemah agar tiada pihak yang rasa diri mereka disisihkan. Malah kata Firdaus lagi, tanggungjawab terhadap ibu bapa sebenarnya lebih mudah diuruskan apabila ada sepakat dalam kalangan adik beradik sendiri.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?