Viral Info Isu Semasa

Lelaki Biadab Tayang Duit Pada Budak Pengemis? Wanita Sabah Dedah Realiti Hitam

Lelaki Biadab Tayang Duit Pada Budak Pengemis? Wanita Sabah Dedah Realiti Hitam

Pernahkah anda saksikan adegan pengemis ‘melekat’ di tingkap kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat? Dahulu, mungkin kita hanya melihat hal sebegitu menerusi babak sinetron Indonesia di kaca televisyen sahaja. Namun kini di Malaysia (khususnya Sabah), hal sama semakin banyak didedahkan menerusi media sosial sekali gus merisaukan ramai.

BACA : Janji Boleh Travel Berdua, Gadis Dipalau Kawan Sendiri Bila Tiba Di Sarawak

Viral lelaki sengaja tayang duit dalam kereta pada budak miskin?

Beberapa hari lalu, seorang lelaki juga berkesempatan merakam tindakan seorang budak perempuan yang melekapkan wajah ke cermin keretanya. Dalam masa yang sama, terlihat banyak kepingan wang RM50 dipercayai sengaja ditayangkan kepada budak terbabit. Hal itu kemudiannya meraih pelbagai respon berbeza termasuklah yang bersimpati dengan kanak-kanak daif tersebut.

@karloskarlos8075

♬ bunyi asal – Mohdazmie – Mohdazmie

Itu memang perangai mereka…Sentiasa minta derma & not nice at all…Jangan kasihan

Bagaimanapun, penjelasan daripada wanita Sabah mengenai situasi itu telah membuka mata ramai. Pada dasarnya memang nampak kasihan, namun kelompok pengemis PATI seperti itu dikatakan sering bertindak biadab jika tidak mendapat sedekah. Ini termasuklah tindakan meludah dan merosakkan bahagian luar kereta pemandu yang enggan memberi wang. Bukan sekali dua, rupanya ia berlaku banyak kali dan mengundang rasa geram terutamanya kepada penduduk Sabah yang setiap hari berdepan risiko sama.

@evoncutie6446

#stitch with @karloskarlos8075

♬ original sound – I go by the name ✨ Evon ✨ – I go by the name ✨ Evon ✨

Yang kata tak semua sama tu, kau pergi Sabah dulu baru tahu…Orang luar takkan faham

Menerusi ruangan komen, ramai orang Sabah mengakui ‘sisi gelap’ itu bahkan sampai ke tahap keselamatan terancam. Justeru mereka berharap agar orang Semenanjung tidak terlalu skeptikal kerana realitinya, hanya Sabahan sahaja yang mengerti betapa menakutkan situasi didatangi ‘pengemis samseng’.

Lelaki Biadab Tayang Duit Pada Budak Pengemis? Wanita Sabah Dedah Realiti Hitam

Lelaki Biadab Tayang Duit Pada Budak Pengemis? Wanita Sabah Dedah Realiti Hitam Lelaki Biadab Tayang Duit Pada Budak Pengemis? Wanita Sabah Dedah Realiti Hitam

Lelaki Biadab Tayang Duit Pada Budak Pengemis? Wanita Sabah Dedah Realiti Hitam

Kredit : TikTok Mohdazmie & evoncutie 6446

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lelaki Biadab Tayang Duit Pada Budak Pengemis? Wanita Sabah Dedah Realiti Hitam

Facebook

Telegram

Facemask For Kids