Hiburan Family

Lelaki Hairan Tunggu Depan Sekolah Hampir Sejam, Sekali Baru Perasan Anak Cuti

Lelaki Hairan Tunggu Depan Sekolah Hampir Sejam, Sekali Baru Perasan Anak Cuti

Umum mengetahui, kebanyakkan ibu bapa mesti hendak menjemput anak balik secara ‘on-time’. Risau pula kalau lambat datang, pasti mereka akan merungut sebab lama menunggu. Adakalanya, segelintir daripada mereka akan mengambil pendekatan dengan datang awal dan tunggu sehingga pelajar itu pulang dari sekolah.

BACA: Dah Pujuk Tapi Enggan Masuk Sekolah, Anak Merayu Siap Dakap Bikin Ayah Menangis

Pelik tunggu anak hampir sejam tapi tak muncul-muncul

Namun, berbeza pula kisah individu ini apabila berlaku satu peristiwa lucu yang mungkin sukar dilupakan. Menerusi perkongsian di laman TikTok, zedilyusuf ketika itu baru pulang dari kerja dan sedang menunggu kepulangan anaknya di hadapan sekolah. Bagaimanapun, dia sempat berasa hairan selepas hampir sejam di sana tapi masih tidak terlihat kelibat cahaya matanya.

Lelaki Hairan Tunggu Depan Sekolah Hampir Sejam, Sekali Baru Perasan Anak Cuti

Siap buat macam-macam andaian…rupanya baru teringat anak cuti

Video yang berdurasi 14 saat itu menjadi lucu selepas lelaki berkenaan mula membuat pelbagai andaian akan situasi cahaya matanya. Tekaannya termasuklah tolong cikgu mengangkat buku serta sempat berseloroh konon anaknya itu bantu menebang pokok di halaman sekolah. Bagaimanapun, segala persoalan akhirnya terjawab selepas dia baru teringat bahawa kanak-kanak itu cuti pada hari tersebut sebelum pulang dengan perasaan kesal.

@zedilyusuf

Kadang2 kita lupa. #parenting #anaksekolah #kpm #fyp

♬ nhạc nền – 𝔻𝕒𝕟𝕟𝕪 – 𝔻𝕒𝕟𝕟𝕪

Lama tunggu tu…patutnya kena berani cari sendiri dalam sekolah, sekali cikgu juga yang kena

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen juga ikut terhibur dengan situasi yang dihadapi oleh lelaki berkenaan. Malah, ramai pula yang turut berkongsikan pengalaman sama dan hanya mampu tersengih mengenangkan peristiwa lucu itu.

Lelaki Hairan Tunggu Depan Sekolah Hampir Sejam, Sekali Baru Perasan Anak Cuti

Lelaki Hairan Tunggu Depan Sekolah Hampir Sejam, Sekali Baru Perasan Anak Cuti

Lelaki Hairan Tunggu Depan Sekolah Hampir Sejam, Sekali Baru Perasan Anak Cuti

Kredit: TikTok zedilyusuf

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lelaki Hairan Tunggu Depan Sekolah Hampir Sejam, Sekali Baru Perasan Anak Cuti

Facebook

Telegram

Kasut