Lelaki Ini Lamar Teman Wanitanya Dari Dalam Laut, Tapi Hasilnya.. Menyedihkan!

Kegembiraan seorang wanita untuk meraikan saat bahagia dilamar seseorang yang dicintai bertukar tragedi apabila teman lelakinya itu menemui ajaI akibat Iemas di dalam laut tempat mereka bercuti. Kejadian yang berlaku di sebuah resort mewah di Nairobi, Tanzania itu dipercayai berpunca apabila lelaki itu menyelam ke dalam laut tanpa memakai kelengkapan menyelam yang sempurna dan menghampiri dinding kaca bilik tidur mereka yang terletak di bahagian dasar laut untuk membuat lamaran. 

BACA: ‘Aku TinggaIkan Ex Sebab Dia Pemalas. Kalau Bukan Sebab Aku, Dia JobIess’

Sebuah bilik dalam laut yang terdapat di Tanzania

Daripada romantik bertukar tragedi. Itulah yang dapat disimpulkan tentang kejadian ini. Semata-mata ingin melamar teman wanita secara unik dan berbeza, Steven Weber akhirnya tidak sempat sampai ke permukaan air dan menemui ajaI dengan cara yang begitu tragis sekali. Berikut adalah gambar ketika mereka baru sahaja check in di resort tersebut. 

Melalui Facebook, teman wanita yang bernama Kenesha Antoine ini ada berkongsi video dan gambar memaparkan aksi Steven di dalam air ketika dia melakukan aksi melamar itu.

Dalam video itu, kelihatan Steven menyelam dan mendekati dinding kaca bilik mereka sebelum mengeluarkan sehelai kertas yang bertulis tulisan tangan untuk ditunjukkan kepada teman wanitanya. Boleh dilihat ayat yang diungkapkan dalam kertas tersebut berbaur sungguh romantik dan syahdu sekali. Steven kemudiannya mengeluarkan sekotak cincin daripada poketnya sebagai tanda lamaran. Ketika itu, boleh didengar dengan jelas suara Kenesha yang menjerit kegirangan sambil berkata ‘yes‘ berulang kali. 

Menurut Kenesha, Steven tidak pernah menyelam ke dalam air sedalam itu. Malah beberapa hari sebelum pemergiannya, Steven ada berkata sesuatu tentang kehidupan ‘akhir’ yang akan dialami setiap manusia sebelum mereka ‘pergi’. Kenesha telah meluahkan rasa sedihnya menerusi kapsyen panjang di laman Facebook miliknya. Walaupun sedih, tetapi dia tahu bahawa dia harus belajar menelan hakikat pahit ini meskipun sukar. 

Sumber: FB Kenesha Antoine, CNA

Apa Komen Anda?