Lelaki Ini Tawar Gantikan Cermin Alza, Mahu Abang Botak Beraya Di Sisi Keluarga

Tinggal beberapa hari lagi sahaja sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, ramai netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ‘Abang Botak’ atau nama sebenarnya Danial Abdullah Tan selepas dia dijatuhkan hukuman meringkuk dalam jel selama 12 bulan. Perkara itu diputuskan di Mahkamah Petaling Jaya pada semalam selepas dia mengaku tidak dapat mengawal marah sehingga bertindak menghentak cermin sebuah kereta Alza hingga pecah pada Selasa lalu.

BACA: “Lan Pet Pet Cuma Didenda RM2 Ribu, Kenapa ‘Abang Botak’ Masuk Jel Pula?”

Terbaru, seorang lelaki budiman dari Parit Buntar yang dikenali sebagai Mohd Fadzli berhasrat untuk membantu bayar ganti rugi cermin kereta yang sudah rosak itu agar Danial boleh dibebaskan. Perkara itu diluahkan olehnya menerusi laman Facebook pada pagi tadi selepas bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga kecilnya di hari lebaran nanti.

Saya memohon Abang Botak agar dibebaskan dengan harapan perkara ini tak berulang..

Danial memang bersalah…tapi dia patut diberi peluang kedua

Yang pernah bawa motor je mungkin faham situas ini..

Sumber: FB Mohd Fadzli Ramli

Apa Komen Anda?