Family

Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas

Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas

Sharing is caring!

Tidak dinafikan bahawa kesemua wanita berimpian untuk memiliki seorang suami yang sempurna dari segi paras rupa mahupun perilaku. Namun realitinya, masih terdapat ramai suami berlagak bujang meskipun isteri dan anak lebih perlu diberikan perhatian dan bantuan. Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi mengenai perihal akibat suami yang mempunyai tingkah laku buruk. 

BACA: Tak Sempat Beli Kek Birthday, Suami Usaha Dapatkan Sebiji Burger Sebagai Ganti

Bukan handbrake kereta

Menerusi posting oleh saudara Firdaus Shakirin di laman Facebook, dia telah berkata bahawa orang lelaki perlu tahu masa yang sesuai untuk menarik ‘handbrake‘. Dia menjelaskan bahawa handbrake yang dimaksudkan adalah merujuk kepada golongan lelaki agar berhenti daripada melakukan sikap buruk kebiasaan mereka. 


Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas

Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas
Gambar sekadar hiasan

Berhenti ikut kepala sendiri

Tambah lelaki ini lagi, perbuatan tersebut nyatanya tidak akan mendatangkan kebaikan jika diamalkan secara berterusan malahan akan membinasakan diri dan hubungan yang telah terbina. Bahkan, impak daripada tingkah laku mementingkan diri tersebut akan menyebabkan diri merobek jiwa orang tersayang. 

Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas

Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas
Gambar sekadar hiasan

Mula memikirkan apa yang lebih bermakna

Tegas individu ini lagi, seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab sepatutnya berfikir dengan rasional serta berusaha untuk memberikan terbaik buat orang berkepentingan dalam hidupnya. Meskipun kehidupan manusia kini dipenuhi dengan dugaan dan godaan, mereka mestilah bijak untuk menepis segala kelakuan negatif dan berwaspada dalam apa jua keadaan. Di penghujungnya, dia turut merayu kepada golongan berkenaan supaya menyedari kesalahan mereka sebelum menyesal kelak. 


Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas

Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Firdaus Shakirin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lelaki Kena Hentikan Perangai Buruk, ‘Tarik Handbrake’ Sebelum Terbabas

Sharing is caring!