Isu Semasa

Lelaki Lebih Berisiko Tinggi Berbanding Wanita Jika Disahkan Positif COVID-19

Lelaki Lebih Berisiko Tinggi Berbanding Wanita Jika Disahkan Positif COVID-19

Sharing is caring!

COVID-19 yang menyerang tamadun manusia pada hari ini telah menyebabkan seramai lebih 18 ribu kematian di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga telah  merekodkan seramai lebih 400 ribu disahkan positif dari 197 negara. Namun menurut pakar, golongan lelaki dilihat lebih berisiko tinggi daripada wanita jika dijangkiti wabak berkenaan.

BACA : Tidak Ambil Serius Tentang Penularan COVID-19, India Isytihar Darurat 3 Minggu


Lelaki Lebih Berisiko Tinggi Berbanding Wanita Jika Disahkan Positif COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Gaya hidup kurang sihat

Memetik laporan CNN,  golongan lelaki lebih gemar menjalani gaya hidup kurang sihat seperti mengambil minuman berakohol dan bahan terlarang. Hal ini menyebabkan tahap kesihatan mereka mudah merosot apabila virus mula menyerang tubuh. Selain itu, data menunjukkan lebih 50 peratus jumlah kematian di seluruh dunia adalah golongan lelaki. Pakar juga mendakwa maklumat ini amat penting bagi membantu dunia dalam mengklafikasikan siapa yang perlu diutamakan dan bagaimana mereka perlu dilindungi.

Lelaki Lebih Berisiko Tinggi Berbanding Wanita Jika Disahkan Positif COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Itali dan Korea Selatan paling ketara

CNN juga melaporkan dari 20 negara yang telah dianalisis, hanya enam sahaja yang menyediakan data secara terperinci berdasarkan jantina iaitu China, Perancis, Iran, Jerman, Itali dan Korea Selatan. Menurut penyelaras respon COVID-19 Amerika Syarikat, merka mendapati tahap kematian penduduk lelaki di Itali adalah dua kali ganda daripada wanita setiap kali laporan direkodkan. Manakala bagi Korea Selatan pula sebanyak 54 peratus lelaki telah menemui ajal walaupun negara tersebut majoritinya golongan wanita yang disahkan positif koronavirus.


Lelaki Lebih Berisiko Tinggi Berbanding Wanita Jika Disahkan Positif COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Sumber : CNN


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lelaki Lebih Berisiko Tinggi Berbanding Wanita Jika Disahkan Positif COVID-19

Sharing is caring!