Lelaki Lebih Senang Jumpa ‘Crush’ Baru Dalam Game, Ramai Wanita Luah Risau!

Pada zaman kecanggihan teknologi masa kini, aktiviti bermain video game online sememangnya sudah mendapat tempat dalam masyarakat khususnya golongan muda. Ianya boleh dilakukan sama ada untuk berseronok atau dijadikan karier dengan menyertai kejohanan profesional yang terdapat di serata dunia. Malahan selain itu, tidak dinafikan juga bahawa ada beberapa pengantin yang pernah viral gara-gara bertemu jodoh di platform tersebut.

BACA: “Tak Semua Jodoh Online Tu Trash” – Pengantin Dedah Kisah Jumpa Jodoh Di Twitter

Gambar sekadar hiasan

Jumpa crush dalam PUBG…siapa tahu IG beritahu please

Namun begitu, mudarat daripada perkara ini adalah boleh merosakkan perhubungan dengan orang lain di dunia realiti. Contohnya adalah seperti luahan wanita ini di laman Twitter miliknya. Dia terpanggil untuk melakukannya ekoran satu tweet oleh seorang individu sebelum ini yang menyatakan dia berminat untuk mencari gadis sebenar di sebalik yang terdapat dalam sejenis online game.

Bukan takut kena tinggal..tapi insecure bila dia terjumpa perempuan yang lagi cantik

Rentetan daripada status tersebut, sebenarnya ramai lagi wanita yang turut meluahkan rasa risau dan pengalaman masing-masing berhubung isu ini. Menurut rata-rata netizen walaupun perkara ini nampak sekadar hiburan dan suka-suka sahaja, namun ianya tetap tidak boleh dipandang ringan. Selain itu, mereka turut meminta para peminat game yang sudah mempunyai teman istimewa, khususnya golongan lelaki agar teguhkan pendirian mereka dalam hubungan masing-masing.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter RadinSyafiqa

Apa Komen Anda?