Family Hiburan Viral

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Kalau dahulu perkataan selfie sering digunakan oleh orang ramai sehinggakan ia menjadi perkataan baharu dan kini sudah diiktiraf  oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun sekarang perkataan ‘bossku’ pula yang sering digunakan sehinggakan ia menjadi  slogan baru bagi orang muda zaman sekarang. Tanpa disangka-sangka, ada juga netizen menggunakan perkataan tersebut sebagai nama anak baru mereka.

BACA: Anak Lahir, Tapi Takde Duit. Pemain Bola Kesal Tak Dibayar Gaji

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Tular di laman sosial, salah seorang pengguna Facebook yang hanya mahu dikenali sebagai Dean Ahmad ada kongsikan nama anak keduanya yang baru sahaja dilahirkan pada 12 Januari yang lepas. Namun apa yang mengejutkan orang ramai apabila nama anak lelakinya adalah Muhammad Bossku, di mana idea tersebut datang selepas tularnya slanga tersebut.


Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Menurut Mstar pula, isteri kepada lelaki berkenaan langsung tidak bersetuju dengan nama tersebut dan terkejut dengan tindakan suaminya itu. Difahamkan pada awalnya, mereka sudah bincangkan hal ini namun tidak menyangka bahawa suaminya serius tentang perkara itu.

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Namun Dean mengaku bahawa dia sebenarnya hanya membuat suntingan pada surat beranak anaknya itu untuk dijadikan sebagai bahan gurauan. Katanya, sejurus sahaja mendapat surat beranak tersebut, dia lantas menukar nama anaknya kepada Muhammad Bossku dan kemudian menunjukkan kepada isterinya.

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Difahamkan nama sebenar bay1 lelaki tersebut adalah Umar Al-Faqeh. Sengaja dia menukar nama anaknya kepada Muhammad Bossku memandangkan Dean memang seorang yang kuat bergurau. Dean turut memaklumkan sekiranya ada sesiapa yang mahu memanggil anaknya dengan panggilan bossku selepas ini amat dialu-aluk@n.


Perkongsian Dean di Facebooknya perihal ‘nama tipu’ anaknya mendapat tumpuan orang ramai dan rata-ratanya terhibur dengan tindakan lelaki tersebut.

Edit tak edit, janji pecah perut!

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Malu apa bosskuu


Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Jadi kenangan bossku

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Sumber: Mstar & FB Dean Ahmad

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lelaki Letak Nama Anak Muhammad Bossku Undang Kemarahan Isteri, Namun…

Facebook

Telegram