Isu Semasa

[VIDEO] Lelaki Meraung Kesedihan, Tak Sempat Selamatkan Kucing Akibat Banjir

[VIDEO] Lelaki Meraung Kesedihan, Tak Sempat Selamatkan Kucing Akibat Banjir

Sejak akhir-akhir ini, banyak harta benda, haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing musnah akibat banjir di beberapa kawasan yang melanda Semenanjung Malaysia. Menurut portal Sinar Harian, hujan lebat yang tidak berhenti sejak 6 petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang dan Hulu Langat dinaiki air.

BACA: [FOTO] Banjir Bukan Penghalang Detik Penyatuan Cinta Antara Dua Insan

Sudah 3 tahun menetap di sini…tak pernah berlaku banjir seteruk ni

Seorang pemuda bernama Asrol Adizar risau akan nasib beberapa haiwan peliharaannya susulan kejadian tersebut, memandangkan sebelum itu dia tiada di rumah. Selama 3 tahun menetap di kawasan perumahan tersebut, menurutnya ini adalah kali pertama terjadinya banjir buruk sedemikian. Sambil merakam perjalanan meredah banjir untuk menuju ke rumahnya, dia berharap tiada apa-apa berlaku kepada mereka.

[VIDEO] Lelaki Meraung Kesedihan, Tak Sempat Selamatkan Kucing Akibat Banjir

Meraung & terkejut bila tengok ada haiwan hilang serta tak bernyawa

Ternyata dia gagal untuk pastikan semuanya selamat. 5 daripada haiwan peliharaannya tak lagi bernyawa malah 2 lagi tidak dapat dikesan. Dia meraung kesedihan dan mengucap beberapa kali melihat keadaan mereka serta rumahnya yang sangat teruk akibat daripada banjir. Menurut Asrol, dia dan rakan-rakan telah pun mengemas sebahagian kawasan rumah tersebut malam tadi. Selebihnya pula akan sambung dibersihkan hari berikutnya.

[VIDEO] Lelaki Meraung Kesedihan, Tak Sempat Selamatkan Kucing Akibat Banjir

Sumber: FB Asrol Adizar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Lelaki Meraung Kesedihan, Tak Sempat Selamatkan Kucing Akibat Banjir

Facebook

Telegram