Lelaki Nekad Pisah Sebab Uzur & Tak Boleh Kerja, Tapi Luahan Isteri Runtun Jiwa

Saat bernikah, pastinya semua orang menginginkan rumah tangga itu kekal selamanya. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa perasaan suami isteri itu kadang-kala boleh berubah saat mendepani bermacam masalah atau ujian dalam perkahwinan. Malah sekiranya perkara itu berlaku, muncul pula bermacam jenis alasan untuk berpisah pula. Walaupun langkah ini bukanlah satu-satunya jalan yang ada, namun ada sesetengah pihak tetap merasakan bahawa menyayangi itu tidak semestinya memiliki. 

BACA: Sebak! Lihat Bagaimana Sebuah Kondo Batalkan Niat Suami Isteri Dari Berpisah

“Saya tak sihat & tak mampu sara diri…saya nak lepaskan dia cara elok”

Begitulah situasi yang dihadapi oleh sepasang suami isteri menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang peguam syarie bernama Muhammad Syarafi di laman Twitter miliknya baru-baru ini. Jelas beliau, si suami (pihak plaintif) ingin memohon untuk melepaskan isterinya (pihak defendan) kerana dirinya sudah uzur dan dikhuatiri menjadi beban kepada wanita terbabit.

Bagaimanapun apabila ditanya mengenai perkara tersebut, pihak perempuan sebaliknya membantah keputusan tersebut. Hal ini kerana masih dia lagi sayang kepada suaminya meskipun kesihatannya tidak sempurna seperti sebelum ini.

“Saya masih sayangkan dia sebagai suami”

Gambar sekadar hiasan

Mahkamah takkan semudah tu benarkan talaq berlaku…perlu siasat terlebih dulu

Rentetan daripada kejadian itu, Muhammad Syarafi menyimpulkan biasanya golongan isteri ini tetap akan memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap partner masing-masing walau apa pun rintangan yang melanda. Dalam pada itu, dia turut memperjelas sebab mengapa ada kalanya pihak Mahkamah Syariah mengambil masa yang agak lama untuk menyiasat atau menyelesaikan sesuatu kemelut rumah tangga. Hal ini kerana proses itu mengambil kira perihal undang-undang serta hukum agama sebelum keputusan yang adil dan saksama dibuat.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter RafiCounsel

Apa Komen Anda?