Artis Hiburan Viral

Lelaki Nepal Viral Mirip Datuk Awie, Ini Muka Sebenarnya Dari Pandangan Hadapan

Lelaki Nepal Viral Mirip Datuk Awie, Ini Muka Sebenarnya Dari Pandangan Hadapan

3 hari lalu, seorang pekerja kilang warga Nepal telah menjadi perhatian ramai sekelip mata ekoran penularan video wajah dikatakan mirip Datuk Awie. Hingga kini, kenalan yang bekerja di tempat sama berkongsikan keterujaan apabila video berdurasi 13 minit tersebut sudah meraih berjuta-juta jumlah tontonan.

BACA : Ibarat Kembar Lain Negara, Pekerja Nepal Dipuji Wajah Terlalu Mirip Datuk Awie

Awie copy ori…Pekerja Nepal jadi viral muka macam Datuk Awie

Bukan 70% atau 80%, malahan ramai netizen beranggapan wajah mereka berdua benar-benar serupa. Daripada cara dia tersenyum dari sisi muka, pasti ada yang terus terbayangkan rupa paras penyanyi lagenda rock tanah air berkenaan. Ciri-ciri seperti janggut dan lirikan mata merupakan persamaan yang paling ketara.

@ariff.hanafi

dato’ awie Nepal version #iris #datoawiewings #masukberandafyp #fypシ#fyp #fy

♬ Iris – Awie

Senyum member tu dapat tahu dia dah famous

Kini setelah beberapa hari, akhirnya Ariff Hanafi iaitu si empunya video memuat naik pula rakaman lain dari sudut pandang hadapan. Kali ini barulah terlihat sedikit perbezaan di mana mata lelaki Nepal berkenaan sedikit sepet berbanding Datuk Awie. Namun tidak dapat dinafikan, persamaan-persamaan di bahagian wajah lain masih jelas kelihatan seperti biasa.

@ariff.hanafi

Replying to @rezzz390 senyum member tu dapat tahu dia dah femes #masukberandafyp #datoawiewings #fypシ #fyp #poyo #inisemuapoyo

♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Inilah Husin masa kerja supervisa dekat Singapore dulu…Tak tengok Akedemi Fantasioooo ke

Menerusi ruangan komen, ada yang berharap semoga Datuk Awie dan lelaki berkenaan dapat bersua muka satu hari nanti. Bahkan, mereka juga teringat semula kepada watak Husin dalam filem ‘Zombi Kampung Pisang’ yang bekerja di kilang biskut.

Lelaki Nepal Viral Mirip Datuk Awie, Ini Muka Sebenarnya Dari Pandangan Hadapan

Lelaki Nepal Viral Mirip Datuk Awie, Ini Muka Sebenarnya Dari Pandangan Hadapan Lelaki Nepal Viral Mirip Datuk Awie, Ini Muka Sebenarnya Dari Pandangan Hadapan

Kredit : TikTok ariff hanafi

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lelaki Nepal Viral Mirip Datuk Awie, Ini Muka Sebenarnya Dari Pandangan Hadapan

Facebook

Telegram