Lelaki Sebelum Nak Kahwin, Ubah Dulu Semua Tabiat Ni – No. 1 & 5 Paling Penting

Perkahwinan merupakan sebuah ikatan suci yang menghalalkan hubungan di antara seorang lelaki dan perempuan. Perkara ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh seorang imam yang bernama suami, dan bukannya sekadar lesen untuk memuaskan nafsu semata-mata. Jadi apabila sedang mempersiapkan diri untuk mendirikan rumah tangga, maka seseorang lelaki itu perlulah mengubah beberapa tabiat agar jadi lebih baik dulu. Ikuti perkongsian yang dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin ini.

BACA: [VIDEO] Pengantin Lelaki Nervous Punya Pasal, Mas Kahwin RM200 Jadi RM2 Je!

Gambar sekadar hiasan

 

1. Dirikan solat

Perkara yang paling penting dalam sesebuah mahligai perkahwinan adalah sentiasa mengutamakan dan menjaga tiang agama. Jika perkara ini tidak berubah sejak dari zaman bujang lagi, lambat-laun ianya akan memberi kesan negatif pada perkahwinan.

2. Kerja tak tetap

Perkara ini kebiasannya akan disoal siasat oleh bakal mentua semasa perkenalan pertama atau sebelum bertunang lagi. Walaupun pekerjaan ini mungkin boleh berubah mengikut peredaran masa, namun yang terbaik bagi bakal suami adalah mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan tetap. 

Gambar sekadar hiasan

3. Perangai bujang

Meskipun seseorang lelaki itu boleh mendakwa bahawa bukan semua perangai semasa zaman bujangnya teruk, namun perkara itulah yang perlu diperbaiki sebelum bergelar suami atau tunangan orang lagi. Sekiranya perangai tidak dijaga baik, dikhuatiri ia akan diulangi semasa sudah berkahwin pula dan membuatkan si isteri rasa tidak selesa.

4. Tak pandai atau malas mengemas rumah

Sesetengah lelaki mungkin berpendapat bahawa dia akan menjadi Raja dalam perkahwinan itu dan semua kerja menguruskan hal rumah jatuh di bahu si isteri. Walhal mindset seperti itu sebenarnya adalah jauh sama sekali meleset, sebab rupanya melakukan semua pekerjaan itulah yang lebih tampak gentleman.

Gambar sekadar hiasan

5. Berhenti jadi buaya darat…jaga pergaulan

Dalam banyak-banyak sifat yang perlu dihindari semasa bergelar seorang suami adalah sentiasa menjaga hubungan atau pergaulannya dengan wanita lain. Tak kiralah rakan sekerja ke, universiti atau sekolah ke, semuanya harus dijaga rapi agar tidak menimbulkan syak wasangka atau perkara lain pula yang boleh menyebabkan isteri cemburu. Tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh seseorang yang berstatuskan suami orang itu adalah menjarakkan diri daripada mereka dan memanjakan isteri seorang sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin

Apa Komen Anda?