Jika sudah sayang, lautan luas pun sanggup direnangi. Begitulah perumpamaan paling sesuai menggambarkan bagaimana seseorang itu sanggup mengorbankan apa saja untuk membuktikan rasa cinta kepada pasangan mereka. Namun bagi jejaka bernama Asib Ali, ketulusannya malah dipersiakan teman wanita sendiri.
BACA : Tiada Yang Sempurna-Dulu Rapat Sebagai BFF Mak Nyah, Kini Jodoh Jadi Suami
Asib terbang dari India demi melamar Nisha di Indonesia
Dalam kisahnya yang viral sebelum ini, Asib Ali sanggup terbang jauh dari India ke Indonesia untuk melamar Syarifah Haerunnisa a.k.a Nisha sebagai isteri. Sepanjang bercinta, kasih sayang Ali sangat besar hinggakan tidak kisah memberi duit apabila diminta. Bahkan ibu Nisha sendiri pernah meminta wang dan menurut anggaran, sudah hampir Rp 30 juta bersamaan RM10,000 dihabiskan kepada keluarga tersebut.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)

Lamaran ditolak…Nisha sudah ada jodoh pilihan keluarga
Malang sekali, pinangannya ditolak mentah-mentah dengan alasan Nisha sudah memiliki jodoh aturan keluarga. Sudah pasti Asib amat kecewa kerana penat lelah datang ke sini dengan membawa dokumen penting untuk menikah akhirnya tinggal mimpi kosong. Jika sudah berpunya, mengapa masih jalinkan hubungan? Itulah antara persoalan yang diajukan netizen selain merasakan Nisha cuma mempergunakan lelaki sebaik itu. Paling menyedihkan, Asib terkandas tidur di bandar dan tidak makan selama 3 hari.
Kisah Asib raih perhatian media dan rancangan televisyen
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Penularan kisah Asib menarik perhatian ramai sehingga dia diundang ke banyak acara televisyen. Meskipun hatinya kecewa, dia pasrah tidak dapat menjadi suami Nisha seperti yang sudah dijanjikan. Memiliki rupa yang boleh tahan kacak, nyatanya ramai wanita meminati lelaki hitam manis tersebut.

Nisha cemburu & persoal mengapa Asif rapat dengan wanita lain
Baru-baru ini, katanya Asib ada berkenalan dengan seorang perempuan bernama Risma. Saat mendapat tahu kedekatan itu, Asib dedahkan Nisha muncul menghantar WhatsApp mempertikaikan mengapa dirinya dekati wanita lain. Kata jejaka itu, Nisha sudah pun menolak cintanya sebelum ini. Jadi jika dia mahu berkawan dengan sesiapa pun, seharusnya tidak wujud isu cemburu.
@selimut_mantan Syarifah Pasti Nangis Liat iniðŸ¤ðŸ¤ #asibali #asibalibhore #syarifahkhaerunnisa #akashellahi #viral #fypã‚· #fyp #tiktokviral
Kredit : Portal Tribunnews, urbangarut, TikTok Selimut Mantan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura