Lemang Periuk Kera Sebenarnya Tak Elok.. Rupanya Jadi Jamban Tupai & Kelawar!

Selain ketupat, lemang dan lepat pulut, terdapat lagi makanan lain yang semakin digemari ramai bila tibanya musim perayaan, iaitu lemang periuk kera. Jika lemang biasa dibakar di dalam batang buluh dan lepat pulut pula direbus dalam daun ketupat, namun lemang ini dimasak secara kukus selama 30  minit di dalam tumbuhan periuk kera.  

BACA: “Tradisi Keluarga” – Juadah Pulut Kuning Sempena Kucing ‘Sunat’ Raih Tumpuan

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Ia enak dimakan bersama rendang, sama seperti ketupat dan lain-lain. Juadah ini nampaknya semakin popular dan digemari ramai bukan sahaja di negeri Melaka dan Seremban malah hampir seluruh kawasan di Malaysia. 

Gambar sekadar hiasan

Namun, tidak ramai yang tahu akan keburukan makanan ini yang sebenarnya boleh memberi risiko terhadap diri jika dimakan berterusan. 

Melalui perkongsian di Twitter oleh sebuah akaun bernama @ZoologyMY, telah mendedahkan periuk kera sebenarnya menjadi lokasi pembuangan najis haiwan kelawar dan tupai di hutan. 

Lemang Periuk Kera bukan pilihan bijak masa musim perayaan. Selain daripada ia spesies terancam dan penting untuk  ekosistem hutan, kami ingin memberitahu anda satu lagi rahsia

Periuk kera atau spesies Nepenthes dah diketahui mempunyai perhubungan yang berfaedah dengan beberapa jenis haiwan. Dalam hal ini, kelawar dan tikus khususnya. Sebuah kajian oleh sekumpulan saintis dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) mendapati bahawa spesies tumbuhan karnivor seperti ini dapat terus hidup kerana najis kelawar.

Kelawar seperti dalam gambar ini mendapat perlindungan dengan cara tidur dalam kelongsong periuk kera manakala tumbuhan ini yang juga memerangkap ser4ngga mendapat nutrien penting daripada najis kelawar. 

Periuk kera yang dilawati kelawar mendapat lebih banyak gas nitrogen daripada tumbuhan yang tidak dilawati kelawar. Malah, najis kelawar menyumbang sekurang-kurangnya 34% keperluan nutrien periuk kera. Juga seperti gambar di bawah ini, seekor tupai  (Tupaia Montana) dilihat menjadikan Nepenthes sebagai mangkuk tandasnya. 

Hubungan mereka membuktikan tentang faedah yang diperoleh antara satu sama lain dan kita sebagai manusia tak patut mengambilnya menjadi milik kita. Periuk kera ditempatkan di hutan untuk memberi manfaat pada ekosistem. Bukanlah hak kita untuk menjadikan tumbuhan ini sebagai makanan istimewa. 

Gambar sekadar hiasan

Kekal saja pada lemang macam biasa, boleh kan? 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter ZoologiMY

Apa Komen Anda?