Hiburan Viral

Lembu Manja Persis Kucing, Netizen Anggap ‘Ahboi’ Alami Kecelaruan Identiti

Lembu Manja Persis Kucing, Netizen Anggap ‘Ahboi’ Alami Kecelaruan Identiti

Sebut sahaja tentang haiwan peliharaan, mesti ramai antara kita yang akan terus membayangkan ‘makhluk-makhluk’ comel seperti kucing, arnab dan anjing. Sifat manja mereka membuatkan kita obses untuk selalu membelai dan bermain bersama. Namun siapa sangka, ada pula lembu ternak yang manjanya mengalahkan haiwan-haiwan disebutkan tadi?


BACA: [VIDEO] Hang Anak Sapa?-Tiba-Tiba Lintas Jalan, Driver Lori Bebel Pada Lembu

Lembu-lembu ni semua memang very gedik dengan tuan dia…Ni nama dia Si Aboi

Sebuah video dikongsikan oleh arshadazzwani tular di akaun TikTok selepas dia memuat naik gelagat manja haiwan ternakannya. Seekor lembu diberi nama ‘Si Aboi’ dilihat selamba mendekatinya sebelum dia merebahkan badan yang berat itu ke atas riba lelaki berbaju hijau tersebut.


@arshadazzwani

lembu2 semua ni memang very gedik dengan tuan dia. #penternakkampung #penternaklembu penternakmuda@tuahpikat #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚vシ #fyp

♬ Funny Song – Cavendish Music

Ni pula ‘Si Tina’ yang gedik…Boleh pula dua ekor ni bermanja-manja

Menerusi video lain yang telah dikongsikan 2 hari lepas pula, rupa-rupanya lembu berwarna cerah itu bukan sahaja clingy dengan manusia. Hal ini kerana ia juga dilihat sangat selesa bermanja bersama kucing bersama Si Tina.


@arshadazzwani

#fyp #fypシ #fypage #fypdongggggggg #foryoupage

♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄𝑥𝑀♡︎

Comelnya dia…Pandai dia beli jiwa tuan dia, takut kena juallah tu

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih hampir 1 juta jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen dibanjiri dengan 6 ribu lebih respon tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lembu yang jarang sekali dilihat itu. Mereka juga sempat berseloroh haiwan ternakan ini sengaja mengambil hati tuannya kerana takut dijual.

Lembu Manja Persis Kucing, Netizen Anggap ‘Ahboi’ Alami Kecelaruan Identiti

Lembu Manja Persis Kucing, Netizen Anggap ‘Ahboi’ Alami Kecelaruan Identiti

Lembu Manja Persis Kucing, Netizen Anggap ‘Ahboi’ Alami Kecelaruan Identiti

Lembu Manja Persis Kucing, Netizen Anggap ‘Ahboi’ Alami Kecelaruan Identiti

Kredit: TikTok arshadazzwani

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Lembu Manja Persis Kucing, Netizen Anggap ‘Ahboi’ Alami Kecelaruan Identiti

Facebook

Telegram